Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2011

PERANCANG TERBAIK atau PELAKSANA TELITI yang akan berjaya?

Berbalik kepada persoalan yang ditimbulkan, kadang2 aku keliru, keliru untuk menentukan yang mana satu perlu untuk sesebuah kejayaan. Adakah perlu menjadi PERANCANG yang TERBAIK ? atau PELAKSANA yang melaksanakan tugas dengan ketelitian yang optimum bagi mencapai apa yang diharapkan.... Kini ku sedar, bahawa untuk berjaya perlunya menjadi pelaksana yang teliti tidak perlu menjadi perancang yang hebat cukup melakukan kerja dengan teliti dan berkesan, pasti kepuasan melaksanakan tugas akan dirasai, tidak hanya pada individu pelaksana malah kepada individu yang meminta tugasan itu dilaksanakan... Alhamdullillah Ya Allah,  moga KAU sering mengarahkan hati ini dan orang disekelilingnya untuk sentiasa berusaha dan bersyukur atas nikmat dan keredhaanMU, Ya Allah.

Pengubah bahasa yang hebat http://zahiriladzim.blogspot.com

Ini adalah pendapat aku, tak salah tafsiran aku tentang pemilik nama ZAHIRILADZIM masa pertama kali aku dengar ulasan dia berhubung filem K.A.M.I di Fakulti Bahasa Moden n Komunikasi ( mana lagi,di salah sebuah pusat pengajian tempat aku susuli usia remaja ku  dari 18 tahun +++---25 tahun +++). Sebuah ulasan yang baguz, dan terus terlekat di serebrum ku dan tafsiran dibuat oleh neuron mengatakan DIA pengubah bahasa yang hebat dan tak terlalu over kalau ku katakan dia boleh menjadi penulis...Untuk itu, dengan rasminya, aku menjadi pengikut blog DIA bermula hari ini...Alhamdullillah, ada pengisian masa terluang yang baru :D