Skip to main content

Posts

Buku Perkongsian Sahabat (4/16): Keunggulan Sahsiah Rasullullah

 Tarikh                     :    17 Disember 2023 Masa                         : 3.57 am (3 jam membaca) Halaman                  : 272 Pautan  membaca   :  https://archive.org/details/malayca-emsalsiz-ornek-sahsiyet/mode/2up Kata hati                    :  Masih berbaki 11 judul buku masih belum dibaca sejak dikongsikan pada Ogos                                                   2022, maafkan atas kebertangguhan, namun 20 Disember 2023, perlu                                                                  dikembalikan.  Judul dikembalikan (Judul pilihan sahabat) :  *Judul disimpan untuk pencarian dan bacaan dimasa hadapan: 1. Aku Kafir, Kau Siapa - Ooi Kok Hin 2. Lalu Aku Hidup Sebagai Apa? - Komuniti Jejak Tarbiah 3. Cerpen2 Underground      -  Faisal Tehrani 4. AKU - Sjuman Djaya 5. Kembara Afghanistan - Travelog ET 6. Melihat Api Bekerja - Kumpulan Puisi M AAN MANSYUR 7. Teguran Suci & Jujur Terhadap Mufti Johor - Hamka 8. Ayah...Kisah Buya Hamka - Irfan Hamka 9. Suami Yang Te
Recent posts

Buku Perkongsian Sahabat 3/16: Bersyukur Saat Diuji

Tarikh     :16 Julai 2023   Halaman : 190 mukasurat (3 jam) Resensi peribadi: Alhamdulilah, terima kasih sahabat, atas pinjaman dan cadangan judul buku yang betul-betul mendidik diri serta belajar untuk menyakini di dalam dunia ini, tiada daya, dan tindakan yang mampu dilakukan jika bukan atas kehendak dan pertolongan Allah subhanallahuwataala... Allahuakhbar... Benar, penyataan di atas, dilihat sebagai ungkapan klise yang mana telah dihadam oleh semua umat Islam umumnya sedari bayi. Namun, pada tahap keyakinan apakah penyataan itu mampu mendorong kita untuk terus rasa bersyukur dikala rezeki menyinggah dan kekal bersabar disaat ujian menerpa. Ujian pula, umum mengetahui ia tergantung kepada tingkat darjat yang Allah inginkan hambanya diangkat. Maka, jelas, ujian itu pasti menyapa hambanya sehingga jiwa merintih sedih dan pedih, kaki bakal layu melangkah serta akal akan buntu dalam memikir. Justeru, bagaimanakah kita bakal mendidik jiwa dan akal untuk terus kekal menghayati bait kata-k

Buku Perkongsian Sahabat 2/16 ( Tambah 5 pada 27 Ogos 2022) : Ledakan Facebook Antara Pahala dan Dosa

Tarikh: 2 Oktober 2022  Halaman: 184 (2 jam) Risensi Peribadi:  Terima kasih sahabat atas pemilihan judul buku ikhlas dari hati dan perkongsian buku ni. Tiada kata yang mampu diucapkan hanya, doa kesejahteraan dan rezeki tanpa putus untukmu, sepertimana yang diminta mampu dikirimkan... Gaya bahasa mudah dan ringkas, namun padat dengan pengisian yang jelas dan tersurat. Setiap perbahasan berhubung tindakan kita menerusi perkongsian status di Facebook jelas diperincikan yang mana mungkin tanpa sedar memungkinkan kita berada dalam fasa menjauhi keredhaan Allah...Allahurabbi.... Namun, yang lebih mengindahkan buku ini adalah perkongsian di bahagian kedua buku iaitu, perkongsian status Facebook berhikmah yang bakal memenuhi tatacara kehidupan kita menerusi pengisian berkaitan akidah, ibadah, bersih jiwa, keluarga dan rumah tangga, lelaki dan wanita, motivasi, hari raya dan english .... Ianyanya santai, namun jelas akan maksud dan tepat dalam menyekat pemikiran kita dari terus menerus berko

BUKU PERKONGSIAN SAHABAT 1/11 : MAGNET REZEKI DENGAN SOLAT DUHA

Tarikh Membaca : 22 Ogos 2022 Kelajuan Membaca : 141 halaman (2 jam 30 minit) Penulis/Penerbit : Muhammad Mokhtar/PTS Buku ini dibaca dengan rasa yang berbeza, sayu dan terharu kerana ianya dikongsikan oleh sabahat (dikenali melebihi 25 tahun) menerusi pemilihannya. Maka, perasaannya layak diibaratkan sebagai teguran sahabat yang ingin membawa diri ini melangkah bersama menuju kelapangan yang berpaksikan mencari keredhaan Allah s.w.t.. Alhamdulillah...terima kasih, sahabat 😭 Komen Personal: Penulis mengutarakan konsep rezeki dan duha menerusi perkongsian santai beserta contoh mudah kaitan kehidupan dan duha yang lebih dekat ke jiwa tanpa memerlukan pemahaman yang khusus. Istiqomah duha dalam julat rakaat 2 sehingga 12, akan membawa kepada perubahan kehidupan yang berbeza. Namun, konsep rezeki yang diutarakan adalah luas dan tidak terhad kepada pangkat dan kemewahan harta. Penafsiran minda juga perlu diselarikan dengan konsep ketuhanan dan Islamiah asas yang menjadi pengangan kita sela

JIWA HANYA MAMPU MENELUSURI MINDA

Tarikh Asal : 28 Sept 2021 Kadang2...jiwa bakal lambat menerima takdir/ketetapan yang telah Allah tetapkan. Walhal, takdir/ketetapan ini telah lama dihadam dan dicerna oleh minda..... Atas dasar ini, amatlah beruntung bagi hamba yang mampu mempercepatkan jiwanya menerima takdir/ketetapan yang Allah telah tetapkan untuknya....Sekiranya, kita tergolong dalam hamba seperti ini, maka, tiada kesedihan yang bakal dirasa dan tiada kekecewaan yang bakal ditempuh... Moga Allah mengurniakan kita semua nikmat ini, iaitu nikmat hati yang sering bertawakal dan jauhkan dari segala kesedihan dan kekecewaan dan percaya dengan takdir/ketetapan Allah adalah yang terbaik mengatasi segala-galanya.. Allahurabbi... 17 Feb 2003 - 2007/2008 - 28 Sept 2021....  P/S: Last day Hagimaro 1

#CABARAN BEBASKAN JAHIL DIRI SIRI 1 1/52:2021

  Tajuk     : Daud Yang Jatuh Tak Pernah Membenci Angin Halaman     : 139 (versi digital, mungkin kalau versi halaman biasa bersamaan 278; masa 5 jam; 1st January 2021) Penulis          : Tere Liye /versi e-book Bahasa          : Bahasa Indonesia (masih mampu dimengertikan) Ringkasan e-book     : E-book ini adalah berteraskan konsep bibliografi, menceritakan kisah hidup perit seorang anak kecil setelah kematian ayahnya, dan telah didatangi seseorang yang ikhlas menolong tanpa mengharapkan pertolongan membawa kepada terbitnya rasa cinta ikhlas dari anak kecil kepada dia yang dianggap malaikat keluarganya. Namun, rasa cinta itu jauh didiamkan di dalam hati dek kerana jarak umur mereka 14 tahun. Kegigihan, keikhlasan, semangat juang yang tinggi, kesedihan serta cinta yang digarapkan sempurna ini mampu melunturkan jiwa sesiapa sahaja. Ambil masa kawan2 untuk membuka lembaran e-book ini, inshaAllah, ianya bakal memberi suntikan baru kepada kita semua dalam menilai sesebuah kehidupan.     Ko

#CABARAN SELAK BUKU UMUM 17/17:2020

Tajuk         : Never Be Alone Halaman       : 107 keseluruhan (86 (Bab 1-9), selebihnya lampiran, 2.55 - 3.40 AM (45 minit), 30 Disember 2020) Penulis          : Hadi Fayyadh Ringkasan Buku     : Penulis menggunakan gaya bahasa yang indah dan digarapkan dengan pemilihan perkataan yang mempunyai nilaian tertinggi. Hal ini, telah membawa suatu pengertian kepada pembaca bahawa penulis memiliki tingkatan, fasa dan ruang lingkupnya yang berbeza atau kata lainnya, penulis berada pada liga bahasanya yang tersendiri. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah, kerana KAU menemukan aku dengan buku ini, moga KAU menggerakkan keluargaku, sahabat2ku dan seisi manusia dibumi ini untuk membuka lembaran naskah ini serta memberi suntikan baru ke jiwa mereka dan semoga suntikan ini seterusnya membawa KAMI mendekatimu Ya Allah, aaamiin ya rabbalalamin. Penulis menyusun tarbiyah beliau kepada 9 Bahagian (86 mukasurat) yang bakal menyajikan kepuasan berbeza kepada pembaca, insyaAllah, bacalah wahai sahabat, se