Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

PERJALANAN dalam KEHIDUPAN

Bukan tidak sabar, Bukan juga hilang arah atau ketandusan motivasi diri, Namun hanya gerakan hati untuk melangkah ke dunia yang baru demi mematangkan diri sendiri serta ingin meneroka ilmu ciptaan Allah s.w.t, moga aku lebih bersyukur dan mampu berkongsi pengetahuan yang Allah s.w.t pinjamkan ke atas diri ini yang hanya untuk menguji keimanan diri Alangkah indah, kalau aku mampu lontarkan kata-kata ini untuk insan-insan yang selalu bermain di dalam serebrumku bahawa tindakan dan perubahan fasa yang aku lakukan dalam usiaku ini hanya kerana ini..insyaAllah, moga Allah sentiasa menetapkan hati ini bahawa hanya ini penyebabnya dan bukan disebabkan oleh penyebab yang lain.... Wahai penyebab 2 lain yang sering memintas dalam serebrumku, jangan diganggu diri ini, kerana insan ini hanyalah insan yang lemah dan hanya menyerah seluruh kehidupannya demi pengabdiaan kepada Allah yang berkuasa... Dan ingatlah....jika kita sering menyalahkan orang lain dalam tindakan dan perbuatan yang kita lak

HARGA PERSAHABATAN DUA DEKAD

perlunya sound direct kepada teman, kawan @ sahabat yang telah dianggap adik beradik apabila berlakunya ketidakpuasan hati antara mereka..... BETULKAH TINDAKAN INI?, ia seringkali menjadi black dot dalam serebrum aku..adakah aku perlu classify ia sebagai characteristics colonies untuk quality control positive atau anggap ia sebagai control negative  dan non characteristics colonies..... semuanya masih menjadi persoalan... wahai sahabat diluar sana, cuba renungkan keluhan sahabat anda, andai ia tak bersuara, dengar keluhannya melalui tindakannya, andai ia tidak meminta, cuba hulurkan dengan ikhlas....supaya penyesalan tak bersarang dijiwa dan fikiran anda

PERANCANG TERBAIK atau PELAKSANA TELITI yang akan berjaya?

Berbalik kepada persoalan yang ditimbulkan, kadang2 aku keliru, keliru untuk menentukan yang mana satu perlu untuk sesebuah kejayaan. Adakah perlu menjadi PERANCANG yang TERBAIK ? atau PELAKSANA yang melaksanakan tugas dengan ketelitian yang optimum bagi mencapai apa yang diharapkan.... Kini ku sedar, bahawa untuk berjaya perlunya menjadi pelaksana yang teliti tidak perlu menjadi perancang yang hebat cukup melakukan kerja dengan teliti dan berkesan, pasti kepuasan melaksanakan tugas akan dirasai, tidak hanya pada individu pelaksana malah kepada individu yang meminta tugasan itu dilaksanakan... Alhamdullillah Ya Allah,  moga KAU sering mengarahkan hati ini dan orang disekelilingnya untuk sentiasa berusaha dan bersyukur atas nikmat dan keredhaanMU, Ya Allah.

Pengubah bahasa yang hebat http://zahiriladzim.blogspot.com

Ini adalah pendapat aku, tak salah tafsiran aku tentang pemilik nama ZAHIRILADZIM masa pertama kali aku dengar ulasan dia berhubung filem K.A.M.I di Fakulti Bahasa Moden n Komunikasi ( mana lagi,di salah sebuah pusat pengajian tempat aku susuli usia remaja ku  dari 18 tahun +++---25 tahun +++). Sebuah ulasan yang baguz, dan terus terlekat di serebrum ku dan tafsiran dibuat oleh neuron mengatakan DIA pengubah bahasa yang hebat dan tak terlalu over kalau ku katakan dia boleh menjadi penulis...Untuk itu, dengan rasminya, aku menjadi pengikut blog DIA bermula hari ini...Alhamdullillah, ada pengisian masa terluang yang baru :D

16 Safar 1432---> 21 Januari 2011

Alhamdullillah Ya ALLAH, KAU berikan lagi keindahan untuk ditatapi oleh hambamu ini. Aku bersyukur Ya Allah...moga KAU tidak mengolongkan hambamu ini, keluarganya dan sahabat-sahabatnya dalam golongan yang dilalaikan dengan kejayaan Ya Allah...amin :D...Moga kami digolongkan dalam golongan Ashabul Yamin.. amin, ya rabbulalamin..... Huaitin dongseng, LNPT utk 2010 dah keluar, USAHA + TAWAKKAL untuk tahun 2011..... Moga diberi kesempatan dan kekuatan untuk berusaha ke arah yang lebih baik, amin....Ya ALLAH..