Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2020

#Cabaran Selak Buku Umum _ 6/17: 2020

Tarikh : 23 September 2020 Masa   : 11.30 - 2. 20 ( 1 jam 50 minit untuk 97 halaman) Tajuk  : Keadilan Ilahi Penulis : HAMKA Penerbit :Pustaka Antara, Kuala Lumpur 1962 Ringkasan Buku : Tema yang diangkat menerusi karya ini adalah nilai kesetiaan, semangat juang membasmi kemiskinan, kebergantungan terus kepada Allah dan kepercayaan bahawa segala yang berlaku adalah takdir yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Karya ini mempunyai nilai tambah yang tersendiri menerusi penyembahan gaya bahasa melayu lama yang seiring dengan tahun penerbitannya iaitu 1962.  Komen :  Jujurnya, penggunaan gaya bahasa melayu lama mengambil masa sehingga 1 jam 50 minit menghampiri  2 jam untuk menghabiskan 97 halaman. Ini adalah tempoh masa yang mungkin boleh digunakan untuk menghasilkan 199 halaman untuk gaya bahasa melayu moden. Namun, hasilnya, selepas 2 jam, kaki longlai melangkah keluar library,  jiwa tenang dan otak yang mengawal tindakan terkawal, tak habis-habis cuba untuk recall "the   phrase&q

#Cabaran Selak Buku Umum _ 5/17: 2020

Tarikh : 22 September 2020 Masa  : 1.00 - 2.00 pm (46 helai) Tajuk : Konsep Rahmah (Satu Pengenalan) #Pandangan Peribadi: Sebenarnya, untuk kembalikan momentum membaca yang agak lama ditinggalkan (bila bermula WFO, July 2020), adalah lebih baik bermula dengan bacaan percuma, ianya mudah diakses (virtual + percuma). Pada perkiraan aku, adalah lebih baik, hadkan masa pembacaan, supaya lebih berfokus dan terarah. InsyaAllah 😊 .  Ringkasan ebook: eBook/risalah berstruktur yang diedarkan percuma di laman sesawang JAKIM ini adalah memperkenalkan kita tentang definasi rahmah  dalam kehidupan. eBook ini adalah bersiri dengan mengetengahkan konsep rahmah dalam segenap aspek kehidupan (institusi keluarga, alam sekitar, tadbir urus, sosioekonomi, masyarakat majmuk, masjid, OKU, dalam perundangan dan kehakiman). Tambahan pula, kesemua siri ini adalah percuma, dan kita tak perlu menjadi hacker library untuk dapatkan buku percuma 😅. Alhamdulillah ... Dari kesemua siri yang disediakan, siri yang

#Cabaran Selak Buku Umum _ 4/17: 2020

Tarikh : 22 September 2020 Masa  : 7.30 - 8.30 am (33 halaman) Tajuk   : TIPS Menghadapi COVID-19 (Panduan Menurut Perspektif Islam) Sumber : http://www.islam.gov.my/en/e-penerbitan/59-buku/2432-tips-menghadapi-covid-19-panduan-menurut-perspekstif-islam Ringkasan ebook:  eBook dimulai dengan memberi definisi COVID-19, langkah pencegahan, dan panduan untuk menghadapi fenomena COVID-19 termasuklah cadangan aktiviti sebagai pengisian semasa perintah kawalan pergerakan dan juga amalan sekiranya kita dikuarantinkan di hospital disebabkan oleh ujian menghidapi COVID-19. Semua langkah pencegahan, panduan dan cadangan aktiviti serta amalan adalah berlandaskan dari perspektif Islam. Seterusnya, eBook diteruskan dengan memberi segenap panduan berhubung tatacara pengendalian jenazah dan pendirian sepatutnya yang perlu diterap di dalam jiwa seorang muslim dan mukmin dalam menghadapi ujian Allah berhubung COVID-19.  Komen:  Menurut pandangan peribadi, saya amat tersentuh dengan garapan idea eBook i

#Cabaran Selak Buku Umum _ 3/17: 2020

Tarikh : 21 September 2020 Masa   : 3.00 - 4.30 pm Jumlah Mukasurat : 147 halaman Sumber : ebook- Jejak Tarbiyah Ringkasan Buku: #Fasa Awal ebook dimulai dengan hamparan dan santapan rohani untuk pengisian jiwa berhubung hikmah terjadinya COVID-19 dan perintah arahan pergerakan menerusi cadangan sejumlah doa yang boleh dipraktikkan untuk mengawal diri dan masyarakat dari bencana wabak pandemik COVID-19.  #Fasa Pengakhiran  Menyelusuri fasa pengakhiran/ fasa kedua ebook merupakan kejutan-kejutan yang disajikan oleh penulis kepada diri aku, kerana, jangkaan manusia menerusi COVID-19, dongengan dan juga sangkaan manusia menjangkaui akal pemikiran aku, yang mana ianya jauh mendahului pemikiran dan ruang lingkup capaian pandangan peribadi aku. Benarlah , setiap manusia mempunyai pemikirannya sendiri. Dari sini, aku ketahui bahawa, tahap pemikiran aku sebenarnya, tahap pemikiran sangat minimalis jauh dari sangkaan dan andaian seterusnya hanya berada pada permukaan sahaja. Terima kasih penuli

#Cabaran Selak Buku Umum_ 2/17: 2020

Tarikh : 21 September 2020 Masa  : 11.40 -1.00 pm Tempat : UiTM Sumber : https://mira.gov.my/wp-content/uploads/2020/06/Fiqh-Covid-19.pdf Ringkasan Buku: #Fasa Awal Buku/ Risalah berstruktur ini disusun dengan kemas dengan dimulai dengan sejarah berhubung COVID-19, isu berhubung virus, kaedah penularan dan status semasa.  # Fasa Akhir Fasa kedua/pengakhiran buku/risalah berstruktur ini berkisar tentang soal jawab berhubung isu berbangkit tentang amalan keagamaan seperti solat, nikah, kematian, sedekah dan juga tindakan seharian yang mana diketahui bahawa hal-hal ini telah diringankan tatacara pengendalian/pengurusannya disebabkan oleh pandemik COVID-19.  Komen: Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin (#prihatin) umumnya dan umat Islam khususnya, saya menyeru bacalah agar, semua persoalan yang mungkin bermain diminda tapi sukar dilontarkan kepada sesiapa bimbang disalahertikan, mungkin dapat dirungkaikan menerusi Soal Jawab Fiqh COVID-19 bersama YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Ba

#Cabaran Selak Buku Umum _ 1/17: 2020

Tarikh Membaca : 9 September 2020 Lokasi : UiTM Masa Membaca : 11.30 - 2.00 pm Ringkasan Buku: # Fasa Awal: Bermula dengan penceritaan penulis berhubung minat beliau terhadap buku, pencapaian, pengalaman, dan bagaimana beliau mengolah minat membaca menjadi satu kerjaya yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat tanpa berorientasikan pendapatan. # Fasa Pertengahan Memaparkan sinopsis buku yang dihidangkan menerusi bab berbeza untuk setiap sinopsis yang dilakukan. Pemilihan buku adalah berdasarkan kategori #bestseller dan #wajibbaca dari perspektif penulis. Ianya telah digarapkan dengan padat & sempurna, yang mana pada pendapat aku, mampu menarik minat pembaca untuk mencari judul dan meneruskan pembacaan. # Fasa Pengakhiran Penulis mencadangkan judul buku, yang mana pada pendapat aku, ini memang jiwa, sebab dari sini, kita akan mula membaca dan terus memaksa diri untuk membaca. Komen: Fasa pengakhiran menerusi buku ini yang sebenarnya dikaitkan dengan "Aku Ma