Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2020

#CABARAN SELAK BUKU UMUM_13/17:2020

 Tarikh       : 31 Oktober 2020 (Berakhir Oktober 2020 (It's my birthday month 😅, tanpa homemade                               treat   either from Mak or Kakak   due to CMCO (Conditional Movement                                                             Control Order, mula2 Alor Star, then Selangor) 😅. Jadi,  hari ni, kena buat kuih, masak                               lebih lah utk   berbuka hahahhahaa... as a dessert , acah-acah reward hehehe... Halaman     : 87 mukasurat ( 1 hour) Penulis          : Fahrur Mu'is Penerbit          : PTS Islamik Sdn Bhd (2013) Ringkasan Buku     : Penulis mengkategorikan amalan-amalan kecil yang membawa kepada berlipat kali ganda pahala, insyaAllah kepada dua kategori. Kategori pertama berdasarkan amalan rutin kita sebagai hamba Allah (wudhuk, solat, puasa, sedekah, membaca al-quran, zikir & doa). Manakala kategori kedua adalah dalam aktiviti kita seharian dalam menjalani kehidupan sebagai khalifah di bumi (hak sesama muslim, muamalat

#CABARAN SELAK BUKU UMUM_12/17: 2020

 Tarikh          : 29 Oktober 2020 (Salam Maulidur Rasul, 1442H) Halaman     : 100 mukasurat (1 jam 15 minit) Tajuk             : Wanita Inspirasi Teladan Penulis          : Mohd Radzali Masrum; Ahmad Hafizudden Mohd Shaarani Ringkasan Buku     : Penulis mengetengahkan 10 tokoh wanita yang dipilih berdasarkan sumbangan dan peranan mereka membantu perjuangan Rasullulah S.A.W dalam penyebaran agama Islam. Profil 10 Tokoh Wanita ini diceritakan menerusi bibliografi yang mengisahkan kehidupan mereka ketika sebelum berkahwin, setelah berkahwin hingga kewafatan serta dikaitkan dengan sumbangan dan pengorbanan tokoh terpilih ini dalam kehidupan Rasullullah S.A.W. Moga penceritaan 10 Tokoh Wanita ini bakal terinspirasi kepada sesiapa sahaja yang membacanya, aaamiin ya rabbalalamin.  Komen Aku    : Jujurnya, bagi anak2 muda yang masih muda usianya dari aku, yang mungkin terbaca ringkasan ini adalah disarankan ambil masa sedikit untuk membaca supaya terpelihara peribadimu dalam usaha meraih kehi

# Cabaran Selak Buku Umum_ 11/17:2020

  Tarikh          :     26 Oktober 2020 Tajuk           :      Diari Hidup Rasullulah Halaman       :     138 halaman ( dalam lingkungan 2 jam, agak lama, sebab banyak terkesan di jiwa)    Penulis          :     Muhammad Abd. Syukur, Muhammad Muslih Aziz, Muhammad Syamsul Yakin Penerbit         :      PTS Millennia Ringkasan Buku     : Gaya penulisan yang kemas disertakan dengan pemilihan kosa kata yang indah yang semestinya mempunyai nilaian maksud tertinggi telah mengindahkan lagi susunan penulisan buku ini. Penulis mengenakan gaya tarbiyah menerusi teladan, kisah sirah dan juga hadis serta fadhilat untuk setiap 7 sunnah yang diketengahkan menerusi buku ini, ternyata bakal menyentuh hati dan jiwa sesiapa sahaja insan yang dahagakan pahala dan keredhaan hidup oleh Allah s.w.t. Seterusnya, aku menyeru, agar sama2 sesiapa sahaja yang mungkin terbaca ringkasan ini untuk cuba luangkan 2 jam untuk sama2 menelusuri diari kehidupan Rasullullah s.a.w yang semestinya dikaji oleh setiap umat ya

#Cabaran Selak Buku Umum_10/17:2020

  Tarikh     : 18 Oktober 2020 (Happy birthday sahabat, banyak sebenarnya sahabat yang dilahirkan dalam                          bulan Oktober) Tajuk     : 40 Sebab Masuk Syurga Penulis     : Yahya bin Musa Al-Zahramy Halaman     : 105 (67 minit untuk bacaan) Ringkasan Buku     : Penulis menjelaskan kaedah/sebab untuk membolehkan manusia dan umat Islam khususnya untuk beramal dalam usaha untuk mengharapkan pengampuan dan rahmat Allah supaya menerusi asbab ini ianya bakal diberi kemudahan untuk mengharapkan syurga Allah s.w.t. Kaedah/sebab yang membolehkan manusia mengharapkan pengampunan Allah s.w.t dinyatakan dengan jelas dan semestinya mudah untuk difahami oleh segenap lapisan masyarakat. Sesungguhnya, jangan berhenti berharap dan berusaha untuk mendapatkan pengampunan dan rahmat Allah.  Komen Aku     : Dalam masa aku terbaca e-book ini, salah satu yang menjentik diri aku yang jelas, nyata dan terang adalah perbuatan menipu. Benar, ianya amat terkesan dalam diri ini, kerana, sejujurn

#Cabaran Selak Buku Umum_9/17:2020

  Tajuk         :      Transformasi Minda Tarikh     :      17 Oktober 2020 (Happy birthday untuk 2 sahabat, tak perlu nyatakan nama, cukup                                 rasanya,   hampa tau yang aku masih ingat. Moga Allah berikan rezeki tanpa putus                                    yang melimpah ruah   selamanya, nikmat kebahagian, kesihatan dan ketenangan jiwa                               selamanya dan sentiasa berada   dalam rahmat Allah, aaamiin ya rabbalalamin)  Penulis     :     Afizi bin Ahmad (Terima kasih Afizi atas perkongsian percuma buku ini,                                                   sesungguhnya    moga Allah kurniakan kamu dan   keluarga, rahmat yang berpanjangan,                          sesungguhnya ilmu itu perlu dikongsi) Halaman     :     56 muka surat (1 jam) Ringkasan    Buku     : Penulis membahagikan buku kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama berhubung transformasi minda dan bahagian kedua adalah bakal arwah. Pada bahagian pertama, pembaca diber

#Cabaran Selak Buku Umum _8/17:2020

Tajuk             : Wanita Istimewa Di Sisi Rasullullah S.A.W Halaman     : 210 mukasurat (4 jam, agak lama, sbb sarat dengan pengisian yang mana apabila ianya meninggalkan kesan dijiwa, akan ku ulangkannya semula, dengan harapan, ianya langsung kekal dijiwa) Penerbit     : Watikah Galeri Sdn Bhd (1998) Penulis     : Ahmad Fikri Yaaseen Ringkasan Buku     : Gaya persembahan buku yang dibahagikan kepada 9 bahagian mengikut fungsi/tanggungjawab wanita/muslimah dalam kehidupan sebagai khalifah di bumi Allah s.w.t adalah pendekatan yang mendidik pembaca khususnya wanita dalam memahami fungsi/tanggungjawab mereka yang sebenar di dunia sebagai khalifah di bumi. Perincian dengan memberi tokoh-tokoh wanita Islam dan solehah berdasarkan fungsi/tanggungjawab ini telah memberikan impak kepada pembaca khususnya wanita untuk mendekati dan seterusnya menjiwai watak dan perwatakan tokoh wanita ini dengan lebih mendalam. Penceritaan dan pengajaran menerusi sirah yang dipaparkan juga telah memberi satu

# Cabaran Selak Buku Umum_ 7/17:2020

Tarikh : 6 Oktober 2020 Masa : 3 jam (2++ muka surat) Tajuk : 40 Strategi Pendidikan Rasullulah Ringkasan Buku : Penulis mengolah strategi pendidikan menerusi kategori yang telah disusun berdasarkan kejadian dan kaedah sahabat bertanya tentang ilmu dan ajaran agama Islam serta cara Rasullullah s.a.w. berdakwah. Komen : Jujurnya, aku masih dalam fasa mengenal diri, maka buku2 seperti ini amat bermakna untuk dijadikan sebagai panduan agar segala usaha dan apa sahaja yang dilakukan di dunia ini bakal dijadikan bekalan untuk kita di sana kelak. Sesungguhnya mati itu pasti, dan ajal itu sangat dekat. Moga bermanfaat, jangan lupa baca kawan2, moga ianya dapat menyuntik semangat ketawadukkan yang sangat diburu oleh sahabat dan juga seluruh umat Islam didunia...Aaamiin ya rabbalalamin