Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2020

#CABARAN SELAK BUKU UMUM 17/17:2020

Tajuk         : Never Be Alone Halaman       : 107 keseluruhan (86 (Bab 1-9), selebihnya lampiran, 2.55 - 3.40 AM (45 minit), 30 Disember 2020) Penulis          : Hadi Fayyadh Ringkasan Buku     : Penulis menggunakan gaya bahasa yang indah dan digarapkan dengan pemilihan perkataan yang mempunyai nilaian tertinggi. Hal ini, telah membawa suatu pengertian kepada pembaca bahawa penulis memiliki tingkatan, fasa dan ruang lingkupnya yang berbeza atau kata lainnya, penulis berada pada liga bahasanya yang tersendiri. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah, kerana KAU menemukan aku dengan buku ini, moga KAU menggerakkan keluargaku, sahabat2ku dan seisi manusia dibumi ini untuk membuka lembaran naskah ini serta memberi suntikan baru ke jiwa mereka dan semoga suntikan ini seterusnya membawa KAMI mendekatimu Ya Allah, aaamiin ya rabbalalamin. Penulis menyusun tarbiyah beliau kepada 9 Bahagian (86 mukasurat) yang bakal menyajikan kepuasan berbeza kepada pembaca, insyaAllah, bacalah wahai sahabat, se

#CABARAN SELAK BUKU UMUM 16/17:2020

Tajuk              : 10 Tips Graduasi "ON-TIME" Penulis           : Ir.Ts. Dr. Iryani Mohamed Rawi Halaman      : 56 halaman (17.30 -18.04, 29 Disember 2020, dlm 30-34 minit) Harga              : RM8 (sangat murah untuk nilai sebuah pengalaman/perkongsian dan titipan panduan dalam perjalanan mengejar topi bulat) Ringkasan e-book :  Penulis menggunakan gaya bahasa yang mudah dan santai yang semestinya bertepatan dengan selera sasaran pembaca dikalangan bakal graduan untuk program pengajian pasca-siswazah. Pendekatan mudah dan santai ini penting dalam usaha menjadikan slot bacaan e-book ini sebagai salah satu "ME-TIME"   yang dicadangkan oleh penulis kepada bakal graduan untuk program pasca-siswazah yang difahami rutin mereka padat dengan pengisian dan pembacaan berteraskan data saintifik. Sehubungan itu, kepada seluruh bakal graduan untuk program pengajian pasca-siswazah, mohon luangkan sedikit masa untuk membuka lembaran e-book ini yang semestinya bakal memberi sunt

#CABARAN SELAK BUKU UMUM 15:1/17_2020

Tajuk                         : Al- Wafa Kesempurnaan Pribadi Nabi Muhammad SAW Halaman                   : 396 - 412; Bab 8 : Etika Keseharian Nabi Penulis                    : Ibnul Jauzi Ringkasan Bab     : Penulis membahagikan kepada 26 sub-heading  dalam menjelaskan isu berhubung etika keseharian Rasullullah s.a.w. Sub-heading ini boleh dibahagikan kepada beberapa tindakan utama seperti cara beliau dalam percakapan, gaya berjalan, serta tindakan beliau ketika marah & gembira. Penulis memilih gaya penulisan mudah dalam menjelaskan etika ini disertai dengan hadith sahih serta contoh yang memudahkan pembaca dalam memahami nilai etika Rasullulaah s.a.w dan seterusnya didoakan agar dapat dipraktikkan dan dijadikan amalan dalam kehidupan seharian, inshaAllah. Moga, kita sama-sama diberkahi oleh Allah supaya sentiasa mematlamatkan diri dan jiwa kita untuk sentiasa berusaha dalam memahami dan menelusuri kehidupan Rasullullah s.a.w. Didoakan agar dengan asbab ini, kita bakal digolongk