Skip to main content

PERJALANAN dalam KEHIDUPAN

Bukan tidak sabar, Bukan juga hilang arah atau ketandusan motivasi diri, Namun hanya gerakan hati untuk melangkah ke dunia yang baru demi mematangkan diri sendiri serta ingin meneroka ilmu ciptaan Allah s.w.t, moga aku lebih bersyukur dan mampu berkongsi pengetahuan yang Allah s.w.t pinjamkan ke atas diri ini yang hanya untuk menguji keimanan diri
Alangkah indah, kalau aku mampu lontarkan kata-kata ini untuk insan-insan yang selalu bermain di dalam serebrumku bahawa tindakan dan perubahan fasa yang aku lakukan dalam usiaku ini hanya kerana ini..insyaAllah, moga Allah sentiasa menetapkan hati ini bahawa hanya ini penyebabnya dan bukan disebabkan oleh penyebab yang lain....

Wahai penyebab2 lain yang sering memintas dalam serebrumku, jangan diganggu diri ini, kerana insan ini hanyalah insan yang lemah dan hanya menyerah seluruh kehidupannya demi pengabdiaan kepada Allah yang berkuasa...

Dan ingatlah....jika kita sering menyalahkan orang lain dalam tindakan dan perbuatan yang kita lakukan, kita tidak akan terlepas dari melakukannya juga suatu hari nanti...moga Allah s.w.t golongkan kita dalam insan yang sering berfikir ke arah kebaikan....amin

Comments

Popular posts from this blog

#CABARAN SELAK BUKU UMUM 15:1/17_2020

Tajuk                         : Al- Wafa Kesempurnaan Pribadi Nabi Muhammad SAW Halaman                   : 396 - 412; Bab 8 : Etika Keseharian Nabi Penulis                    : Ibnul Jauzi Ringkasan Bab     : Penulis membahagikan kepada 26 sub-heading  dalam menjelaskan isu berhubung etika keseharian Rasullullah s.a.w. Sub-heading ini boleh dibahagikan kepada beberapa tindakan utama seperti cara beliau dalam percakapan, gaya berjalan, serta tindakan beliau ketika marah & gembira. Penulis memilih gaya penulisan mudah dalam menjelaskan etika ini disertai dengan hadith sahih serta contoh yang memudahkan pembaca dalam memahami nilai etika Rasullulaah s.a.w dan seterusnya didoakan agar dapat dipraktikkan dan dijadikan amalan dalam kehidupan seharian, inshaAllah. Moga, kita sama-sama diberkahi oleh A...

BUKU PERKONGSIAN SAHABAT 1/11 : MAGNET REZEKI DENGAN SOLAT DUHA

Tarikh Membaca : 22 Ogos 2022 Kelajuan Membaca : 141 halaman (2 jam 30 minit) Penulis/Penerbit : Muhammad Mokhtar/PTS Buku ini dibaca dengan rasa yang berbeza, sayu dan terharu kerana ianya dikongsikan oleh sabahat (dikenali melebihi 25 tahun) menerusi pemilihannya. Maka, perasaannya layak diibaratkan sebagai teguran sahabat yang ingin membawa diri ini melangkah bersama menuju kelapangan yang berpaksikan mencari keredhaan Allah s.w.t.. Alhamdulillah...terima kasih, sahabat 😭 Komen Personal: Penulis mengutarakan konsep rezeki dan duha menerusi perkongsian santai beserta contoh mudah kaitan kehidupan dan duha yang lebih dekat ke jiwa tanpa memerlukan pemahaman yang khusus. Istiqomah duha dalam julat rakaat 2 sehingga 12, akan membawa kepada perubahan kehidupan yang berbeza. Namun, konsep rezeki yang diutarakan adalah luas dan tidak terhad kepada pangkat dan kemewahan harta. Penafsiran minda juga perlu diselarikan dengan konsep ketuhanan dan Islamiah asas yang menjadi pengangan kita sela...