Skip to main content

Buku Perkongsian Sahabat 2/16 ( Tambah 5 pada 27 Ogos 2022) : Ledakan Facebook Antara Pahala dan Dosa


Tarikh: 2 Oktober 2022 

Halaman: 184 (2 jam)

Risensi Peribadi: 

Terima kasih sahabat atas pemilihan judul buku ikhlas dari hati dan perkongsian buku ni. Tiada kata yang mampu diucapkan hanya, doa kesejahteraan dan rezeki tanpa putus untukmu, sepertimana yang diminta mampu dikirimkan...

Gaya bahasa mudah dan ringkas, namun padat dengan pengisian yang jelas dan tersurat. Setiap perbahasan berhubung tindakan kita menerusi perkongsian status di Facebook jelas diperincikan yang mana mungkin tanpa sedar memungkinkan kita berada dalam fasa menjauhi keredhaan Allah...Allahurabbi....

Namun, yang lebih mengindahkan buku ini adalah perkongsian di bahagian kedua buku iaitu, perkongsian status Facebook berhikmah yang bakal memenuhi tatacara kehidupan kita menerusi pengisian berkaitan akidah, ibadah, bersih jiwa, keluarga dan rumah tangga, lelaki dan wanita, motivasi, hari raya dan english....

Ianyanya santai, namun jelas akan maksud dan tepat dalam menyekat pemikiran kita dari terus menerus berkongsi tanpa panduan yang jelas berhubung statusnya menurut pandangan Islam. Allahurabbi...moga kita terus kekal istiqomah dalam memahami pengisian ilmiah ini dan seterusnya membendung tindakan kita dalam perkongsian status sewenangnya....

dalam dunia yang manusia berlumba-lumba untuk memberi komentarnya terhadap sesuatu, disitulah terletaknya harga diammu, tingginya kan terasa seperti emas..

Comments

Popular posts from this blog

#CABARAN SELAK BUKU UMUM 15:1/17_2020

Tajuk                         : Al- Wafa Kesempurnaan Pribadi Nabi Muhammad SAW Halaman                   : 396 - 412; Bab 8 : Etika Keseharian Nabi Penulis                    : Ibnul Jauzi Ringkasan Bab     : Penulis membahagikan kepada 26 sub-heading  dalam menjelaskan isu berhubung etika keseharian Rasullullah s.a.w. Sub-heading ini boleh dibahagikan kepada beberapa tindakan utama seperti cara beliau dalam percakapan, gaya berjalan, serta tindakan beliau ketika marah & gembira. Penulis memilih gaya penulisan mudah dalam menjelaskan etika ini disertai dengan hadith sahih serta contoh yang memudahkan pembaca dalam memahami nilai etika Rasullulaah s.a.w dan seterusnya didoakan agar dapat dipraktikkan dan dijadikan amalan dalam kehidupan seharian, inshaAllah. Moga, kita sama-sama diberkahi oleh A...

BUKU PERKONGSIAN SAHABAT 1/11 : MAGNET REZEKI DENGAN SOLAT DUHA

Tarikh Membaca : 22 Ogos 2022 Kelajuan Membaca : 141 halaman (2 jam 30 minit) Penulis/Penerbit : Muhammad Mokhtar/PTS Buku ini dibaca dengan rasa yang berbeza, sayu dan terharu kerana ianya dikongsikan oleh sabahat (dikenali melebihi 25 tahun) menerusi pemilihannya. Maka, perasaannya layak diibaratkan sebagai teguran sahabat yang ingin membawa diri ini melangkah bersama menuju kelapangan yang berpaksikan mencari keredhaan Allah s.w.t.. Alhamdulillah...terima kasih, sahabat 😭 Komen Personal: Penulis mengutarakan konsep rezeki dan duha menerusi perkongsian santai beserta contoh mudah kaitan kehidupan dan duha yang lebih dekat ke jiwa tanpa memerlukan pemahaman yang khusus. Istiqomah duha dalam julat rakaat 2 sehingga 12, akan membawa kepada perubahan kehidupan yang berbeza. Namun, konsep rezeki yang diutarakan adalah luas dan tidak terhad kepada pangkat dan kemewahan harta. Penafsiran minda juga perlu diselarikan dengan konsep ketuhanan dan Islamiah asas yang menjadi pengangan kita sela...