Skip to main content

BUKU PERKONGSIAN SAHABAT 1/11 : MAGNET REZEKI DENGAN SOLAT DUHA


Tarikh Membaca : 22 Ogos 2022

Kelajuan Membaca : 141 halaman (2 jam 30 minit)

Penulis/Penerbit : Muhammad Mokhtar/PTS

Buku ini dibaca dengan rasa yang berbeza, sayu dan terharu kerana ianya dikongsikan oleh sabahat (dikenali melebihi 25 tahun) menerusi pemilihannya. Maka, perasaannya layak diibaratkan sebagai teguran sahabat yang ingin membawa diri ini melangkah bersama menuju kelapangan yang berpaksikan mencari keredhaan Allah s.w.t.. Alhamdulillah...terima kasih, sahabat 😭


Komen Personal:

Penulis mengutarakan konsep rezeki dan duha menerusi perkongsian santai beserta contoh mudah kaitan kehidupan dan duha yang lebih dekat ke jiwa tanpa memerlukan pemahaman yang khusus. Istiqomah duha dalam julat rakaat 2 sehingga 12, akan membawa kepada perubahan kehidupan yang berbeza. Namun, konsep rezeki yang diutarakan adalah luas dan tidak terhad kepada pangkat dan kemewahan harta. Penafsiran minda juga perlu diselarikan dengan konsep ketuhanan dan Islamiah asas yang menjadi pengangan kita selama ini iaitu ketenangan jiwa, kebahagian dan kemudahan urusan  juga merupakan bentuk nikmat/rezeki kurniaan Allah s.w.t. Maka, buku ini membawa kita melihat bentuk rezeki/nikmat Allah s.w.t dari dimensi yang pelbagai. Ianya juga mengajar kita bahawa, dengan bersyukur, nikmat/rezeki bakal dilipat gandakan. 

Mengapa, dikatakan duha mampu mengikat magnet rezeki/nikmat dari Allah s.w.t kepada hambanya adalah kerana menerusi duha, ianya diibaratkan sebagai satu bentuk kesyukuran kita dalam menjalani kehidupan dunia, menghindari kelalaian dan mengagungkan kebesaran Allah dalam meraih kebahagian dunia, serta satu simbolik sedekah yang dilakukan menerusi 360 sendi yang Allah pinjamkan kepada kita untuk menjalani kehidupan harian sebagai khalifah dibumi Allah s.w.t. Oleh itu, semoga kita mampu menunai dulu secara istiqomah (mengikut julat kemampuan 2-12) dalam membentuk kita menjadi insan yang lebih bersyukur, peka, dan sentiasa mengangungi Allah s.w.t serta dijauhi sifat kikir dalam menelusuri kehidupan di dunia. Aaamiin ya rabbalalamin.




Comments

Popular posts from this blog

Buku Perkongsian Sahabat 3/16: Bersyukur Saat Diuji

Tarikh     :16 Julai 2023   Halaman : 190 mukasurat (3 jam) Resensi peribadi: Alhamdulilah, terima kasih sahabat, atas pinjaman dan cadangan judul buku yang betul-betul mendidik diri serta belajar untuk menyakini di dalam dunia ini, tiada daya, dan tindakan yang mampu dilakukan jika bukan atas kehendak dan pertolongan Allah subhanallahuwataala... Allahuakhbar... Benar, penyataan di atas, dilihat sebagai ungkapan klise yang mana telah dihadam oleh semua umat Islam umumnya sedari bayi. Namun, pada tahap keyakinan apakah penyataan itu mampu mendorong kita untuk terus rasa bersyukur dikala rezeki menyinggah dan kekal bersabar disaat ujian menerpa. Ujian pula, umum mengetahui ia tergantung kepada tingkat darjat yang Allah inginkan hambanya diangkat. Maka, jelas, ujian itu pasti menyapa hambanya sehingga jiwa merintih sedih dan pedih, kaki bakal layu melangkah serta akal akan buntu dalam memikir. Justeru, bagaimanakah kita bakal mendidik jiwa dan akal untuk terus kekal menghayati bait kata-k

Buku Perkongsian Sahabat 2/16 ( Tambah 5 pada 27 Ogos 2022) : Ledakan Facebook Antara Pahala dan Dosa

Tarikh: 2 Oktober 2022  Halaman: 184 (2 jam) Risensi Peribadi:  Terima kasih sahabat atas pemilihan judul buku ikhlas dari hati dan perkongsian buku ni. Tiada kata yang mampu diucapkan hanya, doa kesejahteraan dan rezeki tanpa putus untukmu, sepertimana yang diminta mampu dikirimkan... Gaya bahasa mudah dan ringkas, namun padat dengan pengisian yang jelas dan tersurat. Setiap perbahasan berhubung tindakan kita menerusi perkongsian status di Facebook jelas diperincikan yang mana mungkin tanpa sedar memungkinkan kita berada dalam fasa menjauhi keredhaan Allah...Allahurabbi.... Namun, yang lebih mengindahkan buku ini adalah perkongsian di bahagian kedua buku iaitu, perkongsian status Facebook berhikmah yang bakal memenuhi tatacara kehidupan kita menerusi pengisian berkaitan akidah, ibadah, bersih jiwa, keluarga dan rumah tangga, lelaki dan wanita, motivasi, hari raya dan english .... Ianyanya santai, namun jelas akan maksud dan tepat dalam menyekat pemikiran kita dari terus menerus berko