Skip to main content

#CABARAN SELAK BUKU UMUM 15:1/17_2020


Tajuk                    : Al- Wafa Kesempurnaan Pribadi Nabi Muhammad SAW

Halaman               : 396 - 412; Bab 8 : Etika Keseharian Nabi

Penulis                  : Ibnul Jauzi

Ringkasan Bab    :

Penulis membahagikan kepada 26 sub-heading dalam menjelaskan isu berhubung etika keseharian Rasullullah s.a.w. Sub-heading ini boleh dibahagikan kepada beberapa tindakan utama seperti cara beliau dalam percakapan, gaya berjalan, serta tindakan beliau ketika marah & gembira. Penulis memilih gaya penulisan mudah dalam menjelaskan etika ini disertai dengan hadith sahih serta contoh yang memudahkan pembaca dalam memahami nilai etika Rasullulaah s.a.w dan seterusnya didoakan agar dapat dipraktikkan dan dijadikan amalan dalam kehidupan seharian, inshaAllah. Moga, kita sama-sama diberkahi oleh Allah supaya sentiasa mematlamatkan diri dan jiwa kita untuk sentiasa berusaha dalam memahami dan menelusuri kehidupan Rasullullah s.a.w. Didoakan agar dengan asbab ini, kita bakal digolongkan sebagai hamba yang mencintai Rasullullah s.a.w dan berupaya menerima syafaat Rasullullah s.a.w diakhirat nanti...Aaaamiin ya rabbalalamin..

Komen Aku    :

Iman itu sifatnya turun dan naik. Maka, jangan berhenti berdoa kawan2 agar kita dibekalkan jiwa dan hati yang sentiasa ada keiniginan untuk berusaha ke arah memperbaiki tatacara kehidupan kita seharian. Benar, dalam meniti jalan penghijrahan itu amat sukar,  tambahan pula, bagi jiwa2 yang jahil seperti aku. Namun, andai kita dibekalkan dengan jiwa dan hati yang sentiasa ingin berusaha dan terus berusaha, inshaAllah, mungkin akhirnya, kita juga bakal digolongkan dalam golongan kanan....inshaAllah. Maka, jangan berhenti berdoa kawan2, doa moga kita semua dibekalkan sikap sentiasa ingin berusaha ke arah kebaikan, inshaAllah....aaaamiin ya rabbalalamin.





Comments

Popular posts from this blog

BUKU PERKONGSIAN SAHABAT 1/11 : MAGNET REZEKI DENGAN SOLAT DUHA

Tarikh Membaca : 22 Ogos 2022 Kelajuan Membaca : 141 halaman (2 jam 30 minit) Penulis/Penerbit : Muhammad Mokhtar/PTS Buku ini dibaca dengan rasa yang berbeza, sayu dan terharu kerana ianya dikongsikan oleh sabahat (dikenali melebihi 25 tahun) menerusi pemilihannya. Maka, perasaannya layak diibaratkan sebagai teguran sahabat yang ingin membawa diri ini melangkah bersama menuju kelapangan yang berpaksikan mencari keredhaan Allah s.w.t.. Alhamdulillah...terima kasih, sahabat 😭 Komen Personal: Penulis mengutarakan konsep rezeki dan duha menerusi perkongsian santai beserta contoh mudah kaitan kehidupan dan duha yang lebih dekat ke jiwa tanpa memerlukan pemahaman yang khusus. Istiqomah duha dalam julat rakaat 2 sehingga 12, akan membawa kepada perubahan kehidupan yang berbeza. Namun, konsep rezeki yang diutarakan adalah luas dan tidak terhad kepada pangkat dan kemewahan harta. Penafsiran minda juga perlu diselarikan dengan konsep ketuhanan dan Islamiah asas yang menjadi pengangan kita sela...