Skip to main content

PERUBAHAN

PERUBAHAN 

Kadang kala, perubahan membawa kepada kebaikan, tetapi adakalanya, perubahan membawa kepada kesudahan yang bertentangan dengan hasrat. Sekiranya, kita sedar akan perubahan yang berlaku dalam diri, maka bersyukurlah, kerana kita terpilih di dalam golongan yang sedar akan setiap perubahan yang berlaku dalam diri.  Tetapi, betapa ruginya di kalangan kita yang tidak menyedari akan perubahan yang berlaku terhadap dirinya...

Ya Allah, moga KAU sedarkan kami untuk setiap perubahan yang telah berlaku dalam diri kami, dan moga kami sentiasa berada dalam golongan yang sentiasa bersyukur ke atas setiap ketentuan yang KAU telah tetapkan kepada kami, amin ya rabbulalamin...


Rasionalkan diri, untuk membolehkan kita sentiasa berada dalam keadaan tenang dan kurang merembeskan hormon adrenalin (meningkatkan degupan jantung)+ cortisol (mengubah lemak tidak tepu kepada lemak tepu dan melekat pada dinding darah) ---> boleh membawa kepada peningkatan tekanan darah dan mungkin membawa kepada penyakit jantung...(p/s: kawan2 tolong betulkan andai fakta ini ada kesilapan)

Comments

Popular posts from this blog

#CABARAN SELAK BUKU UMUM 15:1/17_2020

Tajuk                         : Al- Wafa Kesempurnaan Pribadi Nabi Muhammad SAW Halaman                   : 396 - 412; Bab 8 : Etika Keseharian Nabi Penulis                    : Ibnul Jauzi Ringkasan Bab     : Penulis membahagikan kepada 26 sub-heading  dalam menjelaskan isu berhubung etika keseharian Rasullullah s.a.w. Sub-heading ini boleh dibahagikan kepada beberapa tindakan utama seperti cara beliau dalam percakapan, gaya berjalan, serta tindakan beliau ketika marah & gembira. Penulis memilih gaya penulisan mudah dalam menjelaskan etika ini disertai dengan hadith sahih serta contoh yang memudahkan pembaca dalam memahami nilai etika Rasullulaah s.a.w dan seterusnya didoakan agar dapat dipraktikkan dan dijadikan amalan dalam kehidupan seharian, inshaAllah. Moga, kita sama-sama diberkahi oleh A...

BUKU PERKONGSIAN SAHABAT 1/11 : MAGNET REZEKI DENGAN SOLAT DUHA

Tarikh Membaca : 22 Ogos 2022 Kelajuan Membaca : 141 halaman (2 jam 30 minit) Penulis/Penerbit : Muhammad Mokhtar/PTS Buku ini dibaca dengan rasa yang berbeza, sayu dan terharu kerana ianya dikongsikan oleh sabahat (dikenali melebihi 25 tahun) menerusi pemilihannya. Maka, perasaannya layak diibaratkan sebagai teguran sahabat yang ingin membawa diri ini melangkah bersama menuju kelapangan yang berpaksikan mencari keredhaan Allah s.w.t.. Alhamdulillah...terima kasih, sahabat 😭 Komen Personal: Penulis mengutarakan konsep rezeki dan duha menerusi perkongsian santai beserta contoh mudah kaitan kehidupan dan duha yang lebih dekat ke jiwa tanpa memerlukan pemahaman yang khusus. Istiqomah duha dalam julat rakaat 2 sehingga 12, akan membawa kepada perubahan kehidupan yang berbeza. Namun, konsep rezeki yang diutarakan adalah luas dan tidak terhad kepada pangkat dan kemewahan harta. Penafsiran minda juga perlu diselarikan dengan konsep ketuhanan dan Islamiah asas yang menjadi pengangan kita sela...