Skip to main content

#CABARAN SELAK BUKU UMUM_14:1/17_2020

 


Tajuk            : Hari- hari Tarbiah dalam Hidupku (Pengalaman Sebagai Pesakit COVID-19)

Halaman        : 45 halaman ( Kurang dari 1/2 helaian yang boleh disenaraikan sebagai buku dalam slot ini, lebih kepada risalah sebenarnya kalau hendak dibandingkan dalam kategori yang sama untuk cabaran ini, 30 minit)

Penulis        : YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Ringkasan risalah/buku    :

Penulis menceritakan pengalaman sebagai pesakit COVID-19 bermula dari bagaimana beliau menerima perkabaran berhubung disahkan positif, aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh kuarantin serta apa yang perlu diutamakan sekiranya kita ditimpa musibah secara umum. Buku ini disampaikan dengan gaya tarbiyah santai namun sarat dengan ilmu, panduan & pengajaran yang perlu diamalkan sehari-hari. Alhamdulillah...moga buku ini mampu menjadi amal jariah yang berterusan untuk YB Senator, aamiin ya rabbalalamin. 

Komen Aku: 

Jujurnya, aku mengangumi insan ini bermula dari beliau dilantik sebagai Mufti pada 2014 dan seterusnya Menteri pada Mac 2020. Penghargaan dan pengiktirafan ini adalah disebabkan oleh gaya beliau dalam menyampaikan tarbiyah serta nasihat yang diterjemahkan menerusi penulisan. Bait-bait kata yang indah, serta gaya bahasa yang tersusun sememangnya memberikan satu kedamaian yang luar biasa dalam menelusuri hidup di dunia yang penuh dengan fitnah, tomahan, cacian dan kata-kata kasar yang menjadi kelaziman masyarakat sekarang yang lebih berpegang pada keutamaan orientasi diri jauh meninggalkan sunnah yang lebih mengharapkan kita untuk berkata-kata baik dan berdiam sekiranya tidak mampu mengucapkannya. Ambillah sedikit masa dan waktu kawan2 untuk membuka apa2 jua lembaran yang boleh menyuntik sesuatu ke dalam jiwa dan roh kita...Sesungguhnya aku amat mengangumi dengan gaya bahasa yang indah, dan kata-kata yang baik....moga Allah mengawal semua tutur kata kita kawan2, agar apa yang lahir dari pengucapan kita, bakal menyenangkan insan yang mendengar dan moga ianya menjadi asbab kepada utuhnya siratulrahim sesama muslim dan juga membawa kepada salah satu punca sedekah dalam kehidupan harian kita....aaammin ya rabbalalamin..


Comments

Popular posts from this blog

#CABARAN SELAK BUKU UMUM 15:1/17_2020

Tajuk                         : Al- Wafa Kesempurnaan Pribadi Nabi Muhammad SAW Halaman                   : 396 - 412; Bab 8 : Etika Keseharian Nabi Penulis                    : Ibnul Jauzi Ringkasan Bab     : Penulis membahagikan kepada 26 sub-heading  dalam menjelaskan isu berhubung etika keseharian Rasullullah s.a.w. Sub-heading ini boleh dibahagikan kepada beberapa tindakan utama seperti cara beliau dalam percakapan, gaya berjalan, serta tindakan beliau ketika marah & gembira. Penulis memilih gaya penulisan mudah dalam menjelaskan etika ini disertai dengan hadith sahih serta contoh yang memudahkan pembaca dalam memahami nilai etika Rasullulaah s.a.w dan seterusnya didoakan agar dapat dipraktikkan dan dijadikan amalan dalam kehidupan seharian, inshaAllah. Moga, kita sama-sama diberkahi oleh A...

BUKU PERKONGSIAN SAHABAT 1/11 : MAGNET REZEKI DENGAN SOLAT DUHA

Tarikh Membaca : 22 Ogos 2022 Kelajuan Membaca : 141 halaman (2 jam 30 minit) Penulis/Penerbit : Muhammad Mokhtar/PTS Buku ini dibaca dengan rasa yang berbeza, sayu dan terharu kerana ianya dikongsikan oleh sabahat (dikenali melebihi 25 tahun) menerusi pemilihannya. Maka, perasaannya layak diibaratkan sebagai teguran sahabat yang ingin membawa diri ini melangkah bersama menuju kelapangan yang berpaksikan mencari keredhaan Allah s.w.t.. Alhamdulillah...terima kasih, sahabat 😭 Komen Personal: Penulis mengutarakan konsep rezeki dan duha menerusi perkongsian santai beserta contoh mudah kaitan kehidupan dan duha yang lebih dekat ke jiwa tanpa memerlukan pemahaman yang khusus. Istiqomah duha dalam julat rakaat 2 sehingga 12, akan membawa kepada perubahan kehidupan yang berbeza. Namun, konsep rezeki yang diutarakan adalah luas dan tidak terhad kepada pangkat dan kemewahan harta. Penafsiran minda juga perlu diselarikan dengan konsep ketuhanan dan Islamiah asas yang menjadi pengangan kita sela...