Skip to main content

#CABARAN SELAK BUKU UMUM 16/17:2020


Tajuk           : 10 Tips Graduasi "ON-TIME"

Penulis        : Ir.Ts. Dr. Iryani Mohamed Rawi

Halaman    : 56 halaman (17.30 -18.04, 29 Disember 2020, dlm 30-34 minit)

Harga           : RM8 (sangat murah untuk nilai sebuah pengalaman/perkongsian dan titipan panduan dalam perjalanan mengejar topi bulat)

Ringkasan e-book : 

Penulis menggunakan gaya bahasa yang mudah dan santai yang semestinya bertepatan dengan selera sasaran pembaca dikalangan bakal graduan untuk program pengajian pasca-siswazah. Pendekatan mudah dan santai ini penting dalam usaha menjadikan slot bacaan e-book ini sebagai salah satu "ME-TIME"  yang dicadangkan oleh penulis kepada bakal graduan untuk program pasca-siswazah yang difahami rutin mereka padat dengan pengisian dan pembacaan berteraskan data saintifik. Sehubungan itu, kepada seluruh bakal graduan untuk program pengajian pasca-siswazah, mohon luangkan sedikit masa untuk membuka lembaran e-book ini yang semestinya bakal memberi suntikan baru ke dalam jiwa dan seterusnya membuka cara dalam merealisasikan impian mengejar topi bulat, InshaAllah, Aaamiin ya rabbalalamin.


Komen Aku:

Sejujurnya, nilai sentimen jiwa yang berbeza dirasai ketika mula membuka lembaran e-book ini. Pertama, adalah kerana, penulis ini adalah insan yang sangat rapat dan dikenali. Kedua, adalah kerana kecekalan jiwa penulis yang meresap masuk ke jiwa dan otak menerusi setiap bait ayat dan kata dalam e-book ini yang mungkin tidak dapat dirasai oleh pembaca kerana penceritaan di dalam e-book ini adalah pada permukaan perjalanannya sahaja. Namun, bagi seluruh bakal graduan program pasca-siswazah atau juga graduan program pasca-siswazah, anda mungkin mempunyai pengalaman tersendiri yang mungkin akan memberi seribu satu rasa apabila kita mula mengadaptasikan jiwa dan otak ke dalam pengalaman yang dikongsikan oleh penulis. Terima kasih Kak Yani 😊, moga Allah memberi ganjaran pahala tanpa putus kepada Kak Yani dan keluarga, menerusi perkongsian ini, aaamiin ya rabbalalamin. 

Comments

Popular posts from this blog

#CABARAN SELAK BUKU UMUM 15:1/17_2020

Tajuk                         : Al- Wafa Kesempurnaan Pribadi Nabi Muhammad SAW Halaman                   : 396 - 412; Bab 8 : Etika Keseharian Nabi Penulis                    : Ibnul Jauzi Ringkasan Bab     : Penulis membahagikan kepada 26 sub-heading  dalam menjelaskan isu berhubung etika keseharian Rasullullah s.a.w. Sub-heading ini boleh dibahagikan kepada beberapa tindakan utama seperti cara beliau dalam percakapan, gaya berjalan, serta tindakan beliau ketika marah & gembira. Penulis memilih gaya penulisan mudah dalam menjelaskan etika ini disertai dengan hadith sahih serta contoh yang memudahkan pembaca dalam memahami nilai etika Rasullulaah s.a.w dan seterusnya didoakan agar dapat dipraktikkan dan dijadikan amalan dalam kehidupan seharian, inshaAllah. Moga, kita sama-sama diberkahi oleh A...

BUKU PERKONGSIAN SAHABAT 1/11 : MAGNET REZEKI DENGAN SOLAT DUHA

Tarikh Membaca : 22 Ogos 2022 Kelajuan Membaca : 141 halaman (2 jam 30 minit) Penulis/Penerbit : Muhammad Mokhtar/PTS Buku ini dibaca dengan rasa yang berbeza, sayu dan terharu kerana ianya dikongsikan oleh sabahat (dikenali melebihi 25 tahun) menerusi pemilihannya. Maka, perasaannya layak diibaratkan sebagai teguran sahabat yang ingin membawa diri ini melangkah bersama menuju kelapangan yang berpaksikan mencari keredhaan Allah s.w.t.. Alhamdulillah...terima kasih, sahabat 😭 Komen Personal: Penulis mengutarakan konsep rezeki dan duha menerusi perkongsian santai beserta contoh mudah kaitan kehidupan dan duha yang lebih dekat ke jiwa tanpa memerlukan pemahaman yang khusus. Istiqomah duha dalam julat rakaat 2 sehingga 12, akan membawa kepada perubahan kehidupan yang berbeza. Namun, konsep rezeki yang diutarakan adalah luas dan tidak terhad kepada pangkat dan kemewahan harta. Penafsiran minda juga perlu diselarikan dengan konsep ketuhanan dan Islamiah asas yang menjadi pengangan kita sela...