Skip to main content

#CABARAN SELAK BUKU UMUM 17/17:2020


Tajuk        : Never Be Alone

Halaman     : 107 keseluruhan (86 (Bab 1-9), selebihnya lampiran, 2.55 - 3.40 AM (45 minit), 30 Disember 2020)

Penulis        : Hadi Fayyadh

Ringkasan Buku    :

Penulis menggunakan gaya bahasa yang indah dan digarapkan dengan pemilihan perkataan yang mempunyai nilaian tertinggi. Hal ini, telah membawa suatu pengertian kepada pembaca bahawa penulis memiliki tingkatan, fasa dan ruang lingkupnya yang berbeza atau kata lainnya, penulis berada pada liga bahasanya yang tersendiri. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah, kerana KAU menemukan aku dengan buku ini, moga KAU menggerakkan keluargaku, sahabat2ku dan seisi manusia dibumi ini untuk membuka lembaran naskah ini serta memberi suntikan baru ke jiwa mereka dan semoga suntikan ini seterusnya membawa KAMI mendekatimu Ya Allah, aaamiin ya rabbalalamin. Penulis menyusun tarbiyah beliau kepada 9 Bahagian (86 mukasurat) yang bakal menyajikan kepuasan berbeza kepada pembaca, insyaAllah, bacalah wahai sahabat, sesungguhnya ada sesuatu di sini, yang mungkin bakal memberi suntikan baru kepada kalian. Halaman selebihnya, penulis memberi teaser buku2 yang lain yang juga merupakan hasil nukilan beliau, iaitu "Semusim di Barzakh"; "Ketika Azazil Berputus Asa"; "Semusim di Mahsyar"; & "Mengintai Aku di Neraka". 

Komen Aku    :

Benar, aku terpukau dengan gaya bahasa yang digunakan menerusi buku ini,tetapi ianya tidak pula membawa aku kepada keinginan membaca naskah beliau yang di teaser kan di lampiran akhir buku ini. Hal ini kerana, buku ini telah memberi seribu satu rasa, yang mana sekiranya aku ulanginya kembali, mungkin bakal memberi suntikan rasa yang berbeza pula....maka, cukuplah aku dengan buku ini.  Moga Allah memberikan kesempatan masa (umur) & nikmat kesihatan untuk aku terus ulangi, kaji dan memahaminya lagi, sesungguhnya ia tidak mampu digambarkan oleh kata2 ketika ini. Bacalah sahabat. Suatu hari, insyaAllah, aku juga ingin membuka naskah FIXI beliau yang lain, namun diketika ini, aku bimbang dengan tahap kejahilan yang ada, menyukarkan aku memahami maksud tersirat yang cuba dirungkaikan menerusi buku2 yang telah di teaser kan.  Tajuk dan sinopsis nya sahaja telah memberi ketakutan dijiwa ini, mana mungkin aku mampu untuk membukanya. Benar, kata seorang sahabat yang sangat dekat dengan jiwa ini, "belajar agama perlu berguru, barulah kita mampu untuk membezakan garisan nipis kebenaran dan kepalsuan dalam ilmu ". InsyaAllah, sekiranya, satu hari diri ini berduit & mampu berguru, diketika itu, ingin sekali, aku membaca karya lain yang di teaser kan tersebut. Moga Allah memberikan nikmat kesihatan dan kesempatan masa (umur) kepada kita semua dalam memahami tujuan kehidupan di dunia yang hanyalah merupakan lapangan ke akhirat, aaamiin ya rabbalalamin.  

Comments

Popular posts from this blog

#CABARAN SELAK BUKU UMUM 15:1/17_2020

Tajuk                         : Al- Wafa Kesempurnaan Pribadi Nabi Muhammad SAW Halaman                   : 396 - 412; Bab 8 : Etika Keseharian Nabi Penulis                    : Ibnul Jauzi Ringkasan Bab     : Penulis membahagikan kepada 26 sub-heading  dalam menjelaskan isu berhubung etika keseharian Rasullullah s.a.w. Sub-heading ini boleh dibahagikan kepada beberapa tindakan utama seperti cara beliau dalam percakapan, gaya berjalan, serta tindakan beliau ketika marah & gembira. Penulis memilih gaya penulisan mudah dalam menjelaskan etika ini disertai dengan hadith sahih serta contoh yang memudahkan pembaca dalam memahami nilai etika Rasullulaah s.a.w dan seterusnya didoakan agar dapat dipraktikkan dan dijadikan amalan dalam kehidupan seharian, inshaAllah. Moga, kita sama-sama diberkahi oleh A...

BUKU PERKONGSIAN SAHABAT 1/11 : MAGNET REZEKI DENGAN SOLAT DUHA

Tarikh Membaca : 22 Ogos 2022 Kelajuan Membaca : 141 halaman (2 jam 30 minit) Penulis/Penerbit : Muhammad Mokhtar/PTS Buku ini dibaca dengan rasa yang berbeza, sayu dan terharu kerana ianya dikongsikan oleh sabahat (dikenali melebihi 25 tahun) menerusi pemilihannya. Maka, perasaannya layak diibaratkan sebagai teguran sahabat yang ingin membawa diri ini melangkah bersama menuju kelapangan yang berpaksikan mencari keredhaan Allah s.w.t.. Alhamdulillah...terima kasih, sahabat 😭 Komen Personal: Penulis mengutarakan konsep rezeki dan duha menerusi perkongsian santai beserta contoh mudah kaitan kehidupan dan duha yang lebih dekat ke jiwa tanpa memerlukan pemahaman yang khusus. Istiqomah duha dalam julat rakaat 2 sehingga 12, akan membawa kepada perubahan kehidupan yang berbeza. Namun, konsep rezeki yang diutarakan adalah luas dan tidak terhad kepada pangkat dan kemewahan harta. Penafsiran minda juga perlu diselarikan dengan konsep ketuhanan dan Islamiah asas yang menjadi pengangan kita sela...