Skip to main content

#CABARAN BEBASKAN JAHIL DIRI SIRI 1 1/52:2021

 


Tajuk    : Daud Yang Jatuh Tak Pernah Membenci Angin

Halaman    : 139 (versi digital, mungkin kalau versi halaman biasa bersamaan 278; masa 5 jam; 1st January 2021)

Penulis        : Tere Liye /versi e-book

Bahasa        : Bahasa Indonesia (masih mampu dimengertikan)

Ringkasan e-book    :

E-book ini adalah berteraskan konsep bibliografi, menceritakan kisah hidup perit seorang anak kecil setelah kematian ayahnya, dan telah didatangi seseorang yang ikhlas menolong tanpa mengharapkan pertolongan membawa kepada terbitnya rasa cinta ikhlas dari anak kecil kepada dia yang dianggap malaikat keluarganya. Namun, rasa cinta itu jauh didiamkan di dalam hati dek kerana jarak umur mereka 14 tahun. Kegigihan, keikhlasan, semangat juang yang tinggi, kesedihan serta cinta yang digarapkan sempurna ini mampu melunturkan jiwa sesiapa sahaja. Ambil masa kawan2 untuk membuka lembaran e-book ini, inshaAllah, ianya bakal memberi suntikan baru kepada kita semua dalam menilai sesebuah kehidupan.    

Komen Aku    :

Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah, aku kira buku ini adalah jawapan kepada persoalan dalam jiwa yang disampaikan menerusi sahabat baik aku, rodz 😊. Terima kasih rodz, suggestion hang, mmg tepat kena dengan jiwa aku sekarang. Ikhlasnya, buku ini banyak mengajar erti keikhlasan, dan peperangan dalam diri...inshaAllah, aku akan pegang dan sentiasa akan refresh pembacaannya agar, ianya kekal dalam jiwa dan sanubariku, aaamiin ya rabbalalamin....Terima kasih Ya Allah, hilangkan segala apa yang KAU ketahui didalam jiwa dan hati kami Ya Allah, penuhilah jiwa kami dengan rasa cinta dan sayang hanya padaMU dan RasulMU, Nabi Muhammad s.a.w....., dan matlamatkanlah hidup kami & mati kami hanya untukMU Ya Allah, aaamiin ya rabbalalamin...

 

Comments

Popular posts from this blog

#CABARAN SELAK BUKU UMUM 15:1/17_2020

Tajuk                         : Al- Wafa Kesempurnaan Pribadi Nabi Muhammad SAW Halaman                   : 396 - 412; Bab 8 : Etika Keseharian Nabi Penulis                    : Ibnul Jauzi Ringkasan Bab     : Penulis membahagikan kepada 26 sub-heading  dalam menjelaskan isu berhubung etika keseharian Rasullullah s.a.w. Sub-heading ini boleh dibahagikan kepada beberapa tindakan utama seperti cara beliau dalam percakapan, gaya berjalan, serta tindakan beliau ketika marah & gembira. Penulis memilih gaya penulisan mudah dalam menjelaskan etika ini disertai dengan hadith sahih serta contoh yang memudahkan pembaca dalam memahami nilai etika Rasullulaah s.a.w dan seterusnya didoakan agar dapat dipraktikkan dan dijadikan amalan dalam kehidupan seharian, inshaAllah. Moga, kita sama-sama diberkahi oleh A...

BUKU PERKONGSIAN SAHABAT 1/11 : MAGNET REZEKI DENGAN SOLAT DUHA

Tarikh Membaca : 22 Ogos 2022 Kelajuan Membaca : 141 halaman (2 jam 30 minit) Penulis/Penerbit : Muhammad Mokhtar/PTS Buku ini dibaca dengan rasa yang berbeza, sayu dan terharu kerana ianya dikongsikan oleh sabahat (dikenali melebihi 25 tahun) menerusi pemilihannya. Maka, perasaannya layak diibaratkan sebagai teguran sahabat yang ingin membawa diri ini melangkah bersama menuju kelapangan yang berpaksikan mencari keredhaan Allah s.w.t.. Alhamdulillah...terima kasih, sahabat 😭 Komen Personal: Penulis mengutarakan konsep rezeki dan duha menerusi perkongsian santai beserta contoh mudah kaitan kehidupan dan duha yang lebih dekat ke jiwa tanpa memerlukan pemahaman yang khusus. Istiqomah duha dalam julat rakaat 2 sehingga 12, akan membawa kepada perubahan kehidupan yang berbeza. Namun, konsep rezeki yang diutarakan adalah luas dan tidak terhad kepada pangkat dan kemewahan harta. Penafsiran minda juga perlu diselarikan dengan konsep ketuhanan dan Islamiah asas yang menjadi pengangan kita sela...