Skip to main content

JIWA HANYA MAMPU MENELUSURI MINDA

Tarikh Asal : 28 Sept 2021

Kadang2...jiwa bakal lambat menerima takdir/ketetapan yang telah Allah tetapkan. Walhal, takdir/ketetapan ini telah lama dihadam dan dicerna oleh minda.....

Atas dasar ini, amatlah beruntung bagi hamba yang mampu mempercepatkan jiwanya menerima takdir/ketetapan yang Allah telah tetapkan untuknya....Sekiranya, kita tergolong dalam hamba seperti ini, maka, tiada kesedihan yang bakal dirasa dan tiada kekecewaan yang bakal ditempuh...

Moga Allah mengurniakan kita semua nikmat ini, iaitu nikmat hati yang sering bertawakal dan jauhkan dari segala kesedihan dan kekecewaan dan percaya dengan takdir/ketetapan Allah adalah yang terbaik mengatasi segala-galanya.. Allahurabbi...

17 Feb 2003 - 2007/2008 - 28 Sept 2021.... 

P/S: Last day Hagimaro 1

Comments

Popular posts from this blog

#CABARAN SELAK BUKU UMUM 15:1/17_2020

Tajuk                         : Al- Wafa Kesempurnaan Pribadi Nabi Muhammad SAW Halaman                   : 396 - 412; Bab 8 : Etika Keseharian Nabi Penulis                    : Ibnul Jauzi Ringkasan Bab     : Penulis membahagikan kepada 26 sub-heading  dalam menjelaskan isu berhubung etika keseharian Rasullullah s.a.w. Sub-heading ini boleh dibahagikan kepada beberapa tindakan utama seperti cara beliau dalam percakapan, gaya berjalan, serta tindakan beliau ketika marah & gembira. Penulis memilih gaya penulisan mudah dalam menjelaskan etika ini disertai dengan hadith sahih serta contoh yang memudahkan pembaca dalam memahami nilai etika Rasullulaah s.a.w dan seterusnya didoakan agar dapat dipraktikkan dan dijadikan amalan dalam kehidupan seharian, inshaAllah. Moga, kita sama-sama diberkahi oleh A...

BUKU PERKONGSIAN SAHABAT 1/11 : MAGNET REZEKI DENGAN SOLAT DUHA

Tarikh Membaca : 22 Ogos 2022 Kelajuan Membaca : 141 halaman (2 jam 30 minit) Penulis/Penerbit : Muhammad Mokhtar/PTS Buku ini dibaca dengan rasa yang berbeza, sayu dan terharu kerana ianya dikongsikan oleh sabahat (dikenali melebihi 25 tahun) menerusi pemilihannya. Maka, perasaannya layak diibaratkan sebagai teguran sahabat yang ingin membawa diri ini melangkah bersama menuju kelapangan yang berpaksikan mencari keredhaan Allah s.w.t.. Alhamdulillah...terima kasih, sahabat 😭 Komen Personal: Penulis mengutarakan konsep rezeki dan duha menerusi perkongsian santai beserta contoh mudah kaitan kehidupan dan duha yang lebih dekat ke jiwa tanpa memerlukan pemahaman yang khusus. Istiqomah duha dalam julat rakaat 2 sehingga 12, akan membawa kepada perubahan kehidupan yang berbeza. Namun, konsep rezeki yang diutarakan adalah luas dan tidak terhad kepada pangkat dan kemewahan harta. Penafsiran minda juga perlu diselarikan dengan konsep ketuhanan dan Islamiah asas yang menjadi pengangan kita sela...