Skip to main content

Buku Perkongsian Sahabat (4/16): Keunggulan Sahsiah Rasullullah


 Tarikh                :  17 Disember 2023

Masa                    : 3.57 am (3 jam membaca)

Halaman               : 272

Pautan membaca   : https://archive.org/details/malayca-emsalsiz-ornek-sahsiyet/mode/2up

Kata hati                : Masih berbaki 11 judul buku masih belum dibaca sejak dikongsikan pada Ogos                                         2022, maafkan atas kebertangguhan, namun 20 Disember 2023, perlu                                                     dikembalikan. 

Judul dikembalikan (Judul pilihan sahabat) : 

*Judul disimpan untuk pencarian dan bacaan dimasa hadapan:

1. Aku Kafir, Kau Siapa - Ooi Kok Hin

2. Lalu Aku Hidup Sebagai Apa? - Komuniti Jejak Tarbiah

3. Cerpen2 Underground     -  Faisal Tehrani

4. AKU - Sjuman Djaya

5. Kembara Afghanistan - Travelog ET

6. Melihat Api Bekerja - Kumpulan Puisi M AAN MANSYUR

7. Teguran Suci & Jujur Terhadap Mufti Johor - Hamka

8. Ayah...Kisah Buya Hamka - Irfan Hamka

9. Suami Yang Teruji - Wan Zahuhisyam Wan Yusoff

10. Bibliografi Kisah Rasullulah - Rusydi Ramli Al-Jauhari

11. Jagalah Allah, Allah Menjagamu - Dr. 'Aidh Abdullah Al -Qarni

Moga diberi kesempatan untuk membaca semua buku ini sementara diri masih bernafas di dunia ini.


Risensi peribadi    :

Terima kasih sahabat atas pilihan judul buku yang dikongsikan. Tiada lain yang mampu dibalas melainkan mendoakan kesejahteraan terhadap diri dan keluargamu supaya berada dalam limpahan kasih sayang Allah s.w.t. aaamiin aamiin ya mujib.

Gaya bahasa yang mudah dan tersusun serta diolah dengan kemas, teratur, rasmi dan bersifat umum membawa ianya sesuai untuk dijadikan bacaan umum untuk segenap lapisan sedari pra dewasa sehingga ke para pesara. Alhamdulillah...terima kasih sahabat. 

Pengolahan idea yang berteraskan keunggulan sahsiah Rasullullah s.a.w mampu menjentik hati dan jiwa sesiapa sahaja yang membacanya tidak terkecuali diri ini yang terkenal tentang jahilnya dari berilmu. Penekanan kepada keutamaan penjagaan akal dan hati dalam usaha membentuk keperibadian yang beretika sebagai hamba Allah dan umat Nabi Muhammad S.A.W dijadikan tema utama dalam judul ini. Justeru, keperibadian beretika adalah kunci dalam menelusuri kehidupan dunia yang dihiasi dengan ujian dan halangan sesuai dengan tingkat kemampuan diri. 

Bacalah sahabat, moga ianya mampu memberi titik tolak dalam diri untuk menjadi hamba yang mampu menggapai redha Allah dan memenuhi ciri umat kecintaan Rasullulah s.a.w.

Aaaammin aaamiin ya rabbalalamin...

Comments

Popular posts from this blog

#CABARAN SELAK BUKU UMUM 15:1/17_2020

Tajuk                         : Al- Wafa Kesempurnaan Pribadi Nabi Muhammad SAW Halaman                   : 396 - 412; Bab 8 : Etika Keseharian Nabi Penulis                    : Ibnul Jauzi Ringkasan Bab     : Penulis membahagikan kepada 26 sub-heading  dalam menjelaskan isu berhubung etika keseharian Rasullullah s.a.w. Sub-heading ini boleh dibahagikan kepada beberapa tindakan utama seperti cara beliau dalam percakapan, gaya berjalan, serta tindakan beliau ketika marah & gembira. Penulis memilih gaya penulisan mudah dalam menjelaskan etika ini disertai dengan hadith sahih serta contoh yang memudahkan pembaca dalam memahami nilai etika Rasullulaah s.a.w dan seterusnya didoakan agar dapat dipraktikkan dan dijadikan amalan dalam kehidupan seharian, inshaAllah. Moga, kita sama-sama diberkahi oleh A...

BUKU PERKONGSIAN SAHABAT 1/11 : MAGNET REZEKI DENGAN SOLAT DUHA

Tarikh Membaca : 22 Ogos 2022 Kelajuan Membaca : 141 halaman (2 jam 30 minit) Penulis/Penerbit : Muhammad Mokhtar/PTS Buku ini dibaca dengan rasa yang berbeza, sayu dan terharu kerana ianya dikongsikan oleh sabahat (dikenali melebihi 25 tahun) menerusi pemilihannya. Maka, perasaannya layak diibaratkan sebagai teguran sahabat yang ingin membawa diri ini melangkah bersama menuju kelapangan yang berpaksikan mencari keredhaan Allah s.w.t.. Alhamdulillah...terima kasih, sahabat 😭 Komen Personal: Penulis mengutarakan konsep rezeki dan duha menerusi perkongsian santai beserta contoh mudah kaitan kehidupan dan duha yang lebih dekat ke jiwa tanpa memerlukan pemahaman yang khusus. Istiqomah duha dalam julat rakaat 2 sehingga 12, akan membawa kepada perubahan kehidupan yang berbeza. Namun, konsep rezeki yang diutarakan adalah luas dan tidak terhad kepada pangkat dan kemewahan harta. Penafsiran minda juga perlu diselarikan dengan konsep ketuhanan dan Islamiah asas yang menjadi pengangan kita sela...