Skip to main content

#Cabaran Selak Buku Umum _ 6/17: 2020

Tarikh : 23 September 2020

Masa   : 11.30 - 2. 20 ( 1 jam 50 minit untuk 97 halaman)

Tajuk  : Keadilan Ilahi

Penulis : HAMKA

Penerbit :Pustaka Antara, Kuala Lumpur 1962

Ringkasan Buku :

Tema yang diangkat menerusi karya ini adalah nilai kesetiaan, semangat juang membasmi kemiskinan, kebergantungan terus kepada Allah dan kepercayaan bahawa segala yang berlaku adalah takdir yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Karya ini mempunyai nilai tambah yang tersendiri menerusi penyembahan gaya bahasa melayu lama yang seiring dengan tahun penerbitannya iaitu 1962. 

Komen : 

Jujurnya, penggunaan gaya bahasa melayu lama mengambil masa sehingga 1 jam 50 minit menghampiri  2 jam untuk menghabiskan 97 halaman. Ini adalah tempoh masa yang mungkin boleh digunakan untuk menghasilkan 199 halaman untuk gaya bahasa melayu moden. Namun, hasilnya, selepas 2 jam, kaki longlai melangkah keluar library, jiwa tenang dan otak yang mengawal tindakan terkawal, tak habis-habis cuba untuk recall "the phrase" dan ayat-ayat indah menerusi karya ini, tapi kesudahannya gagal. Ini jelas menunjukkan, gaya bahasanya terlalu tinggi dan capaian otak aku masih belum mampu sampai ke tahap itu. Maka, usahanya adalah, cubaan untuk menghabiskan koleksi 102 koleksi penulisan HAMKA di Perpustakaan Raja Tun Uda dan 174 koleksi di Perpustakaan Tun Abdul Razak. Namun, mungkin ada yang replicate di antara keduanya, tetapi usaha itu perlu diteruskan untuk memastikan setiap koleksi perlu dicapai helaian demi helaian, inshaAllah. Mungkin juga, setelah itu, baru yakin untuk menyatakan bahawa, aku adalah salah seorang follower HAMKA. Sebelum habiskan koleksi beliau, malu untuk mengaku hal itu. Tetapi, apa yang jelas, menerusi KEADILAN ILAHI, benarlah, setiap apa yang berlaku di dunia ini adalah aturan yang telah ditakdirkan oleh Allah s.w.t. Kita sebagai hamba, perlulah bersabar untuk menelusuri kehidupan yang telah dibentangkan oleh Allah s.w.t kerana janji Allah untuk hamba yang bersabar itu adalah benar. Aaamiin ya rabbalalamin.



Comments

Popular posts from this blog

#CABARAN SELAK BUKU UMUM 15:1/17_2020

Tajuk                         : Al- Wafa Kesempurnaan Pribadi Nabi Muhammad SAW Halaman                   : 396 - 412; Bab 8 : Etika Keseharian Nabi Penulis                    : Ibnul Jauzi Ringkasan Bab     : Penulis membahagikan kepada 26 sub-heading  dalam menjelaskan isu berhubung etika keseharian Rasullullah s.a.w. Sub-heading ini boleh dibahagikan kepada beberapa tindakan utama seperti cara beliau dalam percakapan, gaya berjalan, serta tindakan beliau ketika marah & gembira. Penulis memilih gaya penulisan mudah dalam menjelaskan etika ini disertai dengan hadith sahih serta contoh yang memudahkan pembaca dalam memahami nilai etika Rasullulaah s.a.w dan seterusnya didoakan agar dapat dipraktikkan dan dijadikan amalan dalam kehidupan seharian, inshaAllah. Moga, kita sama-sama diberkahi oleh A...

BUKU PERKONGSIAN SAHABAT 1/11 : MAGNET REZEKI DENGAN SOLAT DUHA

Tarikh Membaca : 22 Ogos 2022 Kelajuan Membaca : 141 halaman (2 jam 30 minit) Penulis/Penerbit : Muhammad Mokhtar/PTS Buku ini dibaca dengan rasa yang berbeza, sayu dan terharu kerana ianya dikongsikan oleh sabahat (dikenali melebihi 25 tahun) menerusi pemilihannya. Maka, perasaannya layak diibaratkan sebagai teguran sahabat yang ingin membawa diri ini melangkah bersama menuju kelapangan yang berpaksikan mencari keredhaan Allah s.w.t.. Alhamdulillah...terima kasih, sahabat 😭 Komen Personal: Penulis mengutarakan konsep rezeki dan duha menerusi perkongsian santai beserta contoh mudah kaitan kehidupan dan duha yang lebih dekat ke jiwa tanpa memerlukan pemahaman yang khusus. Istiqomah duha dalam julat rakaat 2 sehingga 12, akan membawa kepada perubahan kehidupan yang berbeza. Namun, konsep rezeki yang diutarakan adalah luas dan tidak terhad kepada pangkat dan kemewahan harta. Penafsiran minda juga perlu diselarikan dengan konsep ketuhanan dan Islamiah asas yang menjadi pengangan kita sela...