Skip to main content

#Cabaran Selak Buku Umum _ 4/17: 2020

Tarikh : 22 September 2020

Masa  : 7.30 - 8.30 am (33 halaman)

Tajuk   : TIPS Menghadapi COVID-19 (Panduan Menurut Perspektif Islam)

Sumber : http://www.islam.gov.my/en/e-penerbitan/59-buku/2432-tips-menghadapi-covid-19-panduan-menurut-perspekstif-islam

Ringkasan ebook: 

eBook dimulai dengan memberi definisi COVID-19, langkah pencegahan, dan panduan untuk menghadapi fenomena COVID-19 termasuklah cadangan aktiviti sebagai pengisian semasa perintah kawalan pergerakan dan juga amalan sekiranya kita dikuarantinkan di hospital disebabkan oleh ujian menghidapi COVID-19. Semua langkah pencegahan, panduan dan cadangan aktiviti serta amalan adalah berlandaskan dari perspektif Islam. Seterusnya, eBook diteruskan dengan memberi segenap panduan berhubung tatacara pengendalian jenazah dan pendirian sepatutnya yang perlu diterap di dalam jiwa seorang muslim dan mukmin dalam menghadapi ujian Allah berhubung COVID-19. 

Komen: 

Menurut pandangan peribadi, saya amat tersentuh dengan garapan idea eBook ini kerana ianya menyingkap jiwa muslim untuk kembali kepada Allah tidak hanya dalam menghadapi virus COVID-19 malah dalam apa jua sekalipun. Walaupun tatacara ini adalah khusus untuk menghadapi wabak pandemik COVID-19, tetapi saya melihat ianya lebih kepada tatacara atau panduan rohani untuk setiap muslim dan mukmin seluruhnya dalam menangani segenap ujian dan dugaan hidup secara umum. Justeru, anda boleh meluangkan sedikit masa untuk menyingkap sendiri idea yang terkandung di dalamnya. InsyaAllah, moga kita sama-sama mendapat manfaat. Aaamiin ya rabbalalamin 😊


Comments

Popular posts from this blog

#CABARAN SELAK BUKU UMUM 15:1/17_2020

Tajuk                         : Al- Wafa Kesempurnaan Pribadi Nabi Muhammad SAW Halaman                   : 396 - 412; Bab 8 : Etika Keseharian Nabi Penulis                    : Ibnul Jauzi Ringkasan Bab     : Penulis membahagikan kepada 26 sub-heading  dalam menjelaskan isu berhubung etika keseharian Rasullullah s.a.w. Sub-heading ini boleh dibahagikan kepada beberapa tindakan utama seperti cara beliau dalam percakapan, gaya berjalan, serta tindakan beliau ketika marah & gembira. Penulis memilih gaya penulisan mudah dalam menjelaskan etika ini disertai dengan hadith sahih serta contoh yang memudahkan pembaca dalam memahami nilai etika Rasullulaah s.a.w dan seterusnya didoakan agar dapat dipraktikkan dan dijadikan amalan dalam kehidupan seharian, inshaAllah. Moga, kita sama-sama diberkahi oleh A...

BUKU PERKONGSIAN SAHABAT 1/11 : MAGNET REZEKI DENGAN SOLAT DUHA

Tarikh Membaca : 22 Ogos 2022 Kelajuan Membaca : 141 halaman (2 jam 30 minit) Penulis/Penerbit : Muhammad Mokhtar/PTS Buku ini dibaca dengan rasa yang berbeza, sayu dan terharu kerana ianya dikongsikan oleh sabahat (dikenali melebihi 25 tahun) menerusi pemilihannya. Maka, perasaannya layak diibaratkan sebagai teguran sahabat yang ingin membawa diri ini melangkah bersama menuju kelapangan yang berpaksikan mencari keredhaan Allah s.w.t.. Alhamdulillah...terima kasih, sahabat 😭 Komen Personal: Penulis mengutarakan konsep rezeki dan duha menerusi perkongsian santai beserta contoh mudah kaitan kehidupan dan duha yang lebih dekat ke jiwa tanpa memerlukan pemahaman yang khusus. Istiqomah duha dalam julat rakaat 2 sehingga 12, akan membawa kepada perubahan kehidupan yang berbeza. Namun, konsep rezeki yang diutarakan adalah luas dan tidak terhad kepada pangkat dan kemewahan harta. Penafsiran minda juga perlu diselarikan dengan konsep ketuhanan dan Islamiah asas yang menjadi pengangan kita sela...