Tarikh : 21 September 2020
Masa : 11.40 -1.00 pm
Tempat : UiTM
Sumber : https://mira.gov.my/wp-content/uploads/2020/06/Fiqh-Covid-19.pdf
Ringkasan Buku:
#Fasa Awal
Buku/ Risalah berstruktur ini disusun dengan kemas dengan dimulai dengan sejarah berhubung COVID-19, isu berhubung virus, kaedah penularan dan status semasa.
# Fasa Akhir
Fasa kedua/pengakhiran buku/risalah berstruktur ini berkisar tentang soal jawab berhubung isu berbangkit tentang amalan keagamaan seperti solat, nikah, kematian, sedekah dan juga tindakan seharian yang mana diketahui bahawa hal-hal ini telah diringankan tatacara pengendalian/pengurusannya disebabkan oleh pandemik COVID-19.
Komen:
Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin (#prihatin) umumnya dan umat Islam khususnya, saya menyeru bacalah agar, semua persoalan yang mungkin bermain diminda tapi sukar dilontarkan kepada sesiapa bimbang disalahertikan, mungkin dapat dirungkaikan menerusi Soal Jawab Fiqh COVID-19 bersama YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Pembacaannya juga bersifat santai, dengan kapasiti jumlah halaman yang tidak berapa tebal, mampu dihabiskan kurang dari 2 jam, insyaAllah. Selamat Membaca 😊
Comments
Post a Comment