Skip to main content

#Cabaran Selak Buku Umum _ 3/17: 2020

Tarikh : 21 September 2020

Masa   : 3.00 - 4.30 pm

Jumlah Mukasurat : 147 halaman

Sumber : ebook- Jejak Tarbiyah

Ringkasan Buku:

#Fasa Awal

ebook dimulai dengan hamparan dan santapan rohani untuk pengisian jiwa berhubung hikmah terjadinya COVID-19 dan perintah arahan pergerakan menerusi cadangan sejumlah doa yang boleh dipraktikkan untuk mengawal diri dan masyarakat dari bencana wabak pandemik COVID-19. 


#Fasa Pengakhiran 

Menyelusuri fasa pengakhiran/ fasa kedua ebook merupakan kejutan-kejutan yang disajikan oleh penulis kepada diri aku, kerana, jangkaan manusia menerusi COVID-19, dongengan dan juga sangkaan manusia menjangkaui akal pemikiran aku, yang mana ianya jauh mendahului pemikiran dan ruang lingkup capaian pandangan peribadi aku. Benarlah , setiap manusia mempunyai pemikirannya sendiri. Dari sini, aku ketahui bahawa, tahap pemikiran aku sebenarnya, tahap pemikiran sangat minimalis jauh dari sangkaan dan andaian seterusnya hanya berada pada permukaan sahaja. Terima kasih penulis untuk nukilan yang membuatkan aku, beristigfar dan berfikir, sampai ke tahap ini pemikiran manusia berhubung COVID-19 sebenarnya. Maka, untuk ketahui, sangkaan manusia, boleh mulakan pembacaan yang aku kira, memerlukan masa kurang dari 2 jam untuk menamatkan ebook ini. 

Komen:

Terima kasih untuk kumpulan doa yang boleh dipraktikkan, insyaAllah, aamiin ya rabbalalamin, terima kasih untuk garapan gaya penulisan santai tapi indah pengucapannya. Terima kasih, penulis. 


Comments

Popular posts from this blog

#CABARAN SELAK BUKU UMUM 15:1/17_2020

Tajuk                         : Al- Wafa Kesempurnaan Pribadi Nabi Muhammad SAW Halaman                   : 396 - 412; Bab 8 : Etika Keseharian Nabi Penulis                    : Ibnul Jauzi Ringkasan Bab     : Penulis membahagikan kepada 26 sub-heading  dalam menjelaskan isu berhubung etika keseharian Rasullullah s.a.w. Sub-heading ini boleh dibahagikan kepada beberapa tindakan utama seperti cara beliau dalam percakapan, gaya berjalan, serta tindakan beliau ketika marah & gembira. Penulis memilih gaya penulisan mudah dalam menjelaskan etika ini disertai dengan hadith sahih serta contoh yang memudahkan pembaca dalam memahami nilai etika Rasullulaah s.a.w dan seterusnya didoakan agar dapat dipraktikkan dan dijadikan amalan dalam kehidupan seharian, inshaAllah. Moga, kita sama-sama diberkahi oleh A...

BUKU PERKONGSIAN SAHABAT 1/11 : MAGNET REZEKI DENGAN SOLAT DUHA

Tarikh Membaca : 22 Ogos 2022 Kelajuan Membaca : 141 halaman (2 jam 30 minit) Penulis/Penerbit : Muhammad Mokhtar/PTS Buku ini dibaca dengan rasa yang berbeza, sayu dan terharu kerana ianya dikongsikan oleh sabahat (dikenali melebihi 25 tahun) menerusi pemilihannya. Maka, perasaannya layak diibaratkan sebagai teguran sahabat yang ingin membawa diri ini melangkah bersama menuju kelapangan yang berpaksikan mencari keredhaan Allah s.w.t.. Alhamdulillah...terima kasih, sahabat 😭 Komen Personal: Penulis mengutarakan konsep rezeki dan duha menerusi perkongsian santai beserta contoh mudah kaitan kehidupan dan duha yang lebih dekat ke jiwa tanpa memerlukan pemahaman yang khusus. Istiqomah duha dalam julat rakaat 2 sehingga 12, akan membawa kepada perubahan kehidupan yang berbeza. Namun, konsep rezeki yang diutarakan adalah luas dan tidak terhad kepada pangkat dan kemewahan harta. Penafsiran minda juga perlu diselarikan dengan konsep ketuhanan dan Islamiah asas yang menjadi pengangan kita sela...