Skip to main content

#Cabaran Selak Buku Umum _ 1/17: 2020

Tarikh Membaca : 9 September 2020

Lokasi : UiTM Masa Membaca : 11.30 - 2.00 pm Ringkasan Buku: # Fasa Awal: Bermula dengan penceritaan penulis berhubung minat beliau terhadap buku, pencapaian, pengalaman, dan bagaimana beliau mengolah minat membaca menjadi satu kerjaya yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat tanpa berorientasikan pendapatan. # Fasa Pertengahan Memaparkan sinopsis buku yang dihidangkan menerusi bab berbeza untuk setiap sinopsis yang dilakukan. Pemilihan buku adalah berdasarkan kategori #bestseller dan #wajibbaca dari perspektif penulis. Ianya telah digarapkan dengan padat & sempurna, yang mana pada pendapat aku, mampu menarik minat pembaca untuk mencari judul dan meneruskan pembacaan. # Fasa Pengakhiran Penulis mencadangkan judul buku, yang mana pada pendapat aku, ini memang jiwa, sebab dari sini, kita akan mula membaca dan terus memaksa diri untuk membaca. Komen: Fasa pengakhiran menerusi buku ini yang sebenarnya dikaitkan dengan "Aku Mahu Membaca 1000 tahun lagi" sebabnya menerusi buku ini, kita akan kenal kepada penulis dan judul buku yang lain. Ideologi pesanan berangkai digarapkan, dihimpunkan dan diterjemahkan menerusi buku ini. Pendekatan baru yang berjaya. Akhir kata, kalau dah lama tak membaca bacaan santai dan ingin mengembalikan semangat membaca semula untuk dijadikan rutin, boleh jadikan "Aku Mahu Membaca 1000 Tahun Lagi" sebagai mukadimah pada hari ini. Jadi, selamat membaca 😃.

Comments

Popular posts from this blog

#CABARAN SELAK BUKU UMUM 15:1/17_2020

Tajuk                         : Al- Wafa Kesempurnaan Pribadi Nabi Muhammad SAW Halaman                   : 396 - 412; Bab 8 : Etika Keseharian Nabi Penulis                    : Ibnul Jauzi Ringkasan Bab     : Penulis membahagikan kepada 26 sub-heading  dalam menjelaskan isu berhubung etika keseharian Rasullullah s.a.w. Sub-heading ini boleh dibahagikan kepada beberapa tindakan utama seperti cara beliau dalam percakapan, gaya berjalan, serta tindakan beliau ketika marah & gembira. Penulis memilih gaya penulisan mudah dalam menjelaskan etika ini disertai dengan hadith sahih serta contoh yang memudahkan pembaca dalam memahami nilai etika Rasullulaah s.a.w dan seterusnya didoakan agar dapat dipraktikkan dan dijadikan amalan dalam kehidupan seharian, inshaAllah. Moga, kita sama-sama diberkahi oleh A...

BUKU PERKONGSIAN SAHABAT 1/11 : MAGNET REZEKI DENGAN SOLAT DUHA

Tarikh Membaca : 22 Ogos 2022 Kelajuan Membaca : 141 halaman (2 jam 30 minit) Penulis/Penerbit : Muhammad Mokhtar/PTS Buku ini dibaca dengan rasa yang berbeza, sayu dan terharu kerana ianya dikongsikan oleh sabahat (dikenali melebihi 25 tahun) menerusi pemilihannya. Maka, perasaannya layak diibaratkan sebagai teguran sahabat yang ingin membawa diri ini melangkah bersama menuju kelapangan yang berpaksikan mencari keredhaan Allah s.w.t.. Alhamdulillah...terima kasih, sahabat 😭 Komen Personal: Penulis mengutarakan konsep rezeki dan duha menerusi perkongsian santai beserta contoh mudah kaitan kehidupan dan duha yang lebih dekat ke jiwa tanpa memerlukan pemahaman yang khusus. Istiqomah duha dalam julat rakaat 2 sehingga 12, akan membawa kepada perubahan kehidupan yang berbeza. Namun, konsep rezeki yang diutarakan adalah luas dan tidak terhad kepada pangkat dan kemewahan harta. Penafsiran minda juga perlu diselarikan dengan konsep ketuhanan dan Islamiah asas yang menjadi pengangan kita sela...