Skip to main content

#Cabaran Selak Buku Umum _ 5/17: 2020

Tarikh : 22 September 2020

Masa  : 1.00 - 2.00 pm (46 helai)

Tajuk : Konsep Rahmah (Satu Pengenalan)

#Pandangan Peribadi: Sebenarnya, untuk kembalikan momentum membaca yang agak lama ditinggalkan (bila bermula WFO, July 2020), adalah lebih baik bermula dengan bacaan percuma, ianya mudah diakses (virtual + percuma). Pada perkiraan aku, adalah lebih baik, hadkan masa pembacaan, supaya lebih berfokus dan terarah. InsyaAllah 😊 . 

Ringkasan ebook:

eBook/risalah berstruktur yang diedarkan percuma di laman sesawang JAKIM ini adalah memperkenalkan kita tentang definasi rahmah dalam kehidupan. eBook ini adalah bersiri dengan mengetengahkan konsep rahmah dalam segenap aspek kehidupan (institusi keluarga, alam sekitar, tadbir urus, sosioekonomi, masyarakat majmuk, masjid, OKU, dalam perundangan dan kehakiman). Tambahan pula, kesemua siri ini adalah percuma, dan kita tak perlu menjadi hacker library untuk dapatkan buku percuma 😅. Alhamdulillah ... Dari kesemua siri yang disediakan, siri yang lebih dekat dengan jiwa aku, adalah institusi keluarga, alam sekitar, masyarakat majmuk dan masjid. Selebihnya, mungkin akan bermanfaat pada sahabat-sahabat. Tetapi, untuk aku, aku hanya membaca yang disenaraikan itu sahaja...InsyaAllah, moga kita sama-sama berusaha untuk ke arah pembentukan masyarakat rahmah. Selain itu, apa yang menarik eBook ini selain definasi, ianya memberikan gambaran jelas menerusi himpunan artikel-artikel berhubung konsep yang ingin disampai. Moga ianya memberi manfaat kepada kita semua. InsyaAllah...selamat membaca sahabat. 




Comments

Popular posts from this blog

#CABARAN SELAK BUKU UMUM 15:1/17_2020

Tajuk                         : Al- Wafa Kesempurnaan Pribadi Nabi Muhammad SAW Halaman                   : 396 - 412; Bab 8 : Etika Keseharian Nabi Penulis                    : Ibnul Jauzi Ringkasan Bab     : Penulis membahagikan kepada 26 sub-heading  dalam menjelaskan isu berhubung etika keseharian Rasullullah s.a.w. Sub-heading ini boleh dibahagikan kepada beberapa tindakan utama seperti cara beliau dalam percakapan, gaya berjalan, serta tindakan beliau ketika marah & gembira. Penulis memilih gaya penulisan mudah dalam menjelaskan etika ini disertai dengan hadith sahih serta contoh yang memudahkan pembaca dalam memahami nilai etika Rasullulaah s.a.w dan seterusnya didoakan agar dapat dipraktikkan dan dijadikan amalan dalam kehidupan seharian, inshaAllah. Moga, kita sama-sama diberkahi oleh A...

BUKU PERKONGSIAN SAHABAT 1/11 : MAGNET REZEKI DENGAN SOLAT DUHA

Tarikh Membaca : 22 Ogos 2022 Kelajuan Membaca : 141 halaman (2 jam 30 minit) Penulis/Penerbit : Muhammad Mokhtar/PTS Buku ini dibaca dengan rasa yang berbeza, sayu dan terharu kerana ianya dikongsikan oleh sabahat (dikenali melebihi 25 tahun) menerusi pemilihannya. Maka, perasaannya layak diibaratkan sebagai teguran sahabat yang ingin membawa diri ini melangkah bersama menuju kelapangan yang berpaksikan mencari keredhaan Allah s.w.t.. Alhamdulillah...terima kasih, sahabat 😭 Komen Personal: Penulis mengutarakan konsep rezeki dan duha menerusi perkongsian santai beserta contoh mudah kaitan kehidupan dan duha yang lebih dekat ke jiwa tanpa memerlukan pemahaman yang khusus. Istiqomah duha dalam julat rakaat 2 sehingga 12, akan membawa kepada perubahan kehidupan yang berbeza. Namun, konsep rezeki yang diutarakan adalah luas dan tidak terhad kepada pangkat dan kemewahan harta. Penafsiran minda juga perlu diselarikan dengan konsep ketuhanan dan Islamiah asas yang menjadi pengangan kita sela...