Skip to main content

#CABARAN SELAK BUKU UMUM_13/17:2020


 Tarikh       : 31 Oktober 2020 (Berakhir Oktober 2020 (It's my birthday month 😅, tanpa homemade                         treat  either from Mak or Kakak  due to CMCO (Conditional Movement                                                 Control Order, mula2 Alor Star, then Selangor) 😅. Jadi,  hari ni, kena buat kuih, masak                         lebih lah utk  berbuka hahahhahaa... as a dessert, acah-acah reward hehehe...

Halaman    : 87 mukasurat ( 1 hour)

Penulis        : Fahrur Mu'is

Penerbit        : PTS Islamik Sdn Bhd (2013)

Ringkasan Buku    :

Penulis mengkategorikan amalan-amalan kecil yang membawa kepada berlipat kali ganda pahala, insyaAllah kepada dua kategori. Kategori pertama berdasarkan amalan rutin kita sebagai hamba Allah (wudhuk, solat, puasa, sedekah, membaca al-quran, zikir & doa). Manakala kategori kedua adalah dalam aktiviti kita seharian dalam menjalani kehidupan sebagai khalifah di bumi (hak sesama muslim, muamalat sesama manusia & menjaga persekitaran). Maka, benarlah, buku kecil dan nipis ini padat dan sarat dengan panduan yang boleh dijadikan amalan oleh kita dalam menelusuri kehidupan di dunia dan melengkapi kehidupan kita dalam mengejar ad-din yang sebenar sebagai umat Islam. Buku ini dalam e-book yang boleh dibaca secara percuma melalui PNM e-Reader. Ini adalah kaedah mudah untuk dapatkan bacaan percuma semasa kita tidak berpeluang mengunjungi Perpustakaan Awam secara mutual. Download app dari google play, dan kita boleh nikmati rangkaian bacaan yang menepati citarasa kita, insyaAllah, semoga bermanfaat kawan2. 


Komen Aku    :

Jujurnya, buku ini telah dibaca oleh aku beberapa kali sepanjang umur aku sekarang, masa 1st degree, masa dah masuk kerja yang pertama, di akhir tahun kerja aku yang last sebelum resign sambung belajar, dan kali ini tahun kedua after aku graduate on 2018. Sesungguhnya benar, tahap ingatan, penguasaan dan pengaplikasian ilmu sebelum ianya bertukar menjadi rutin dan amalan memerlukan ulangan....Sedangkan dalam ulangan keempat pun, masih ada banyak lagi yang tercicir, inikan pula dengan hanya sekali bacaan. Maka, dengan rasa rendah hati aku mohon doa kalian, agar pembacaan kali ini boleh membuatkan aku istiqomah dalam melazimi rutin yang dicadangkan menerusi buku ajaib ini. Jom kawan2 kita berubah....bukan utk orang lain, tetapi untuk kita...adakah lebih indah, kalau kita menelusuri kehidupan selanjutnya dengan mengamalkan ad-Din yang sebenar..... InsyaAllah, aaamiin ya rabbalalamin..

Comments

Popular posts from this blog

#CABARAN SELAK BUKU UMUM 15:1/17_2020

Tajuk                         : Al- Wafa Kesempurnaan Pribadi Nabi Muhammad SAW Halaman                   : 396 - 412; Bab 8 : Etika Keseharian Nabi Penulis                    : Ibnul Jauzi Ringkasan Bab     : Penulis membahagikan kepada 26 sub-heading  dalam menjelaskan isu berhubung etika keseharian Rasullullah s.a.w. Sub-heading ini boleh dibahagikan kepada beberapa tindakan utama seperti cara beliau dalam percakapan, gaya berjalan, serta tindakan beliau ketika marah & gembira. Penulis memilih gaya penulisan mudah dalam menjelaskan etika ini disertai dengan hadith sahih serta contoh yang memudahkan pembaca dalam memahami nilai etika Rasullulaah s.a.w dan seterusnya didoakan agar dapat dipraktikkan dan dijadikan amalan dalam kehidupan seharian, inshaAllah. Moga, kita sama-sama diberkahi oleh A...

BUKU PERKONGSIAN SAHABAT 1/11 : MAGNET REZEKI DENGAN SOLAT DUHA

Tarikh Membaca : 22 Ogos 2022 Kelajuan Membaca : 141 halaman (2 jam 30 minit) Penulis/Penerbit : Muhammad Mokhtar/PTS Buku ini dibaca dengan rasa yang berbeza, sayu dan terharu kerana ianya dikongsikan oleh sabahat (dikenali melebihi 25 tahun) menerusi pemilihannya. Maka, perasaannya layak diibaratkan sebagai teguran sahabat yang ingin membawa diri ini melangkah bersama menuju kelapangan yang berpaksikan mencari keredhaan Allah s.w.t.. Alhamdulillah...terima kasih, sahabat 😭 Komen Personal: Penulis mengutarakan konsep rezeki dan duha menerusi perkongsian santai beserta contoh mudah kaitan kehidupan dan duha yang lebih dekat ke jiwa tanpa memerlukan pemahaman yang khusus. Istiqomah duha dalam julat rakaat 2 sehingga 12, akan membawa kepada perubahan kehidupan yang berbeza. Namun, konsep rezeki yang diutarakan adalah luas dan tidak terhad kepada pangkat dan kemewahan harta. Penafsiran minda juga perlu diselarikan dengan konsep ketuhanan dan Islamiah asas yang menjadi pengangan kita sela...