Skip to main content

#CABARAN SELAK BUKU UMUM_12/17: 2020


 Tarikh        : 29 Oktober 2020 (Salam Maulidur Rasul, 1442H)

Halaman    : 100 mukasurat (1 jam 15 minit)

Tajuk          : Wanita Inspirasi Teladan

Penulis        : Mohd Radzali Masrum; Ahmad Hafizudden Mohd Shaarani

Ringkasan Buku    :

Penulis mengetengahkan 10 tokoh wanita yang dipilih berdasarkan sumbangan dan peranan mereka membantu perjuangan Rasullulah S.A.W dalam penyebaran agama Islam. Profil 10 Tokoh Wanita ini diceritakan menerusi bibliografi yang mengisahkan kehidupan mereka ketika sebelum berkahwin, setelah berkahwin hingga kewafatan serta dikaitkan dengan sumbangan dan pengorbanan tokoh terpilih ini dalam kehidupan Rasullullah S.A.W. Moga penceritaan 10 Tokoh Wanita ini bakal terinspirasi kepada sesiapa sahaja yang membacanya, aaamiin ya rabbalalamin. 

Komen Aku    :

Jujurnya, bagi anak2 muda yang masih muda usianya dari aku, yang mungkin terbaca ringkasan ini adalah disarankan ambil masa sedikit untuk membaca supaya terpelihara peribadimu dalam usaha meraih kehidupan sebagai wanita solehah. Bagi wanita yang agak lewat usianya, sepertimana aku, marilah sama2 kita merenung kembali, agar sisa umur yang Allah berikan kepada kita bakal terisi dan insyaAllah ianya mampu dihabiskan dengan perjalanan yang lebih indah supaya ianya boleh dijadikan sebagai salah satu usaha kita dalam menggapai keredhaan Allah. Apa lagi yang lebih indah untuk diharapkan di dunia ini selain dari dapat hidup dalam keredhaan Allah. Sesungguhnya, wahai sahabat muslimah sekalian, aku hanyalah insan jahil, maka jangan dilihat pada paras rupaku, lihatlah pada isi kandungan yang cuba aku kongsikan. Perkongsian ini bukan atas dasar ingin mendahului yang lain, ianya hanyalah semata-mata atas dasar mengingati diri sendiri, dan ianya diharapkan dapat memberi kesan juga buat kalian. Ingatlah sahabat, selitkan di setiap doamu selepas solat, agar Allah membimbing setiap langkah mu dan keluargamu dalam meniti kehidupan di dunia, sesungguhnya tiada daya kita, sebagai hamba untuk menginjak walaupun selangkah, tanpa bantuan dan rahmat Allah, aaamiin ya rabbalalamin.


Comments

Popular posts from this blog

#CABARAN SELAK BUKU UMUM 15:1/17_2020

Tajuk                         : Al- Wafa Kesempurnaan Pribadi Nabi Muhammad SAW Halaman                   : 396 - 412; Bab 8 : Etika Keseharian Nabi Penulis                    : Ibnul Jauzi Ringkasan Bab     : Penulis membahagikan kepada 26 sub-heading  dalam menjelaskan isu berhubung etika keseharian Rasullullah s.a.w. Sub-heading ini boleh dibahagikan kepada beberapa tindakan utama seperti cara beliau dalam percakapan, gaya berjalan, serta tindakan beliau ketika marah & gembira. Penulis memilih gaya penulisan mudah dalam menjelaskan etika ini disertai dengan hadith sahih serta contoh yang memudahkan pembaca dalam memahami nilai etika Rasullulaah s.a.w dan seterusnya didoakan agar dapat dipraktikkan dan dijadikan amalan dalam kehidupan seharian, inshaAllah. Moga, kita sama-sama diberkahi oleh A...

BUKU PERKONGSIAN SAHABAT 1/11 : MAGNET REZEKI DENGAN SOLAT DUHA

Tarikh Membaca : 22 Ogos 2022 Kelajuan Membaca : 141 halaman (2 jam 30 minit) Penulis/Penerbit : Muhammad Mokhtar/PTS Buku ini dibaca dengan rasa yang berbeza, sayu dan terharu kerana ianya dikongsikan oleh sabahat (dikenali melebihi 25 tahun) menerusi pemilihannya. Maka, perasaannya layak diibaratkan sebagai teguran sahabat yang ingin membawa diri ini melangkah bersama menuju kelapangan yang berpaksikan mencari keredhaan Allah s.w.t.. Alhamdulillah...terima kasih, sahabat 😭 Komen Personal: Penulis mengutarakan konsep rezeki dan duha menerusi perkongsian santai beserta contoh mudah kaitan kehidupan dan duha yang lebih dekat ke jiwa tanpa memerlukan pemahaman yang khusus. Istiqomah duha dalam julat rakaat 2 sehingga 12, akan membawa kepada perubahan kehidupan yang berbeza. Namun, konsep rezeki yang diutarakan adalah luas dan tidak terhad kepada pangkat dan kemewahan harta. Penafsiran minda juga perlu diselarikan dengan konsep ketuhanan dan Islamiah asas yang menjadi pengangan kita sela...