Skip to main content

#Cabaran Selak Buku Umum_10/17:2020

 


Tarikh    : 18 Oktober 2020 (Happy birthday sahabat, banyak sebenarnya sahabat yang dilahirkan dalam                     bulan Oktober)

Tajuk    : 40 Sebab Masuk Syurga

Penulis    : Yahya bin Musa Al-Zahramy

Halaman    : 105 (67 minit untuk bacaan)

Ringkasan Buku    :

Penulis menjelaskan kaedah/sebab untuk membolehkan manusia dan umat Islam khususnya untuk beramal dalam usaha untuk mengharapkan pengampuan dan rahmat Allah supaya menerusi asbab ini ianya bakal diberi kemudahan untuk mengharapkan syurga Allah s.w.t. Kaedah/sebab yang membolehkan manusia mengharapkan pengampunan Allah s.w.t dinyatakan dengan jelas dan semestinya mudah untuk difahami oleh segenap lapisan masyarakat. Sesungguhnya, jangan berhenti berharap dan berusaha untuk mendapatkan pengampunan dan rahmat Allah. 

Komen Aku    :

Dalam masa aku terbaca e-book ini, salah satu yang menjentik diri aku yang jelas, nyata dan terang adalah perbuatan menipu. Benar, ianya amat terkesan dalam diri ini, kerana, sejujurnya, aku sering mengharapkan kejujuran. Maka, kejujuran juga yang aku sering usahakan dalam kehidupan seharian. Namun, manusia, tidak lari dari kesilapan. 

"Jangan engkau berkata dusta walaupun dalam jenaka" - Ini petikan dari buku di atas. 

Maafkan aku sahabat, andai aku membohongimu, sesungguhnya, itu yang pertama dan akan ku usahakan ianya adalah yang terakhir dalam hidup ini. Aku memohon maaf sesungguhnya. Benar, atas apa alasan juga aku tidak boleh menipu, tp sesungguhnya, ia adalah untuk kedamaian hatimu. Andai aku berkata benar, bimbang ia bakal melukakan hatimu. Maafkan aku, sahabat (12 oktober 2020). 

Selebihnya, buku ini amat berbekas dijiwa dengan penjelasan mudah dan bakal menjentik hati sesiapa sahaja yang membacanya. Moga buku ini boleh dijadikan sebab kita terus berusaha untuk mengharap pengampunan dan rahmat Allah. Untuk insan seperti aku yang tepu dengan kekhilafan dan lemas dengan kemaksiatan, aku pohonkan doa kalian, moga benar, isi kandungan buku ini boleh membantu dalam urusan aku seharian dalam usaha mendapat pengampunan Allah. Aku doakan kalian juga memperolehi keberkatan yang sama, aaamiin ya rabbalalamin.

Comments

Popular posts from this blog

#CABARAN SELAK BUKU UMUM 15:1/17_2020

Tajuk                         : Al- Wafa Kesempurnaan Pribadi Nabi Muhammad SAW Halaman                   : 396 - 412; Bab 8 : Etika Keseharian Nabi Penulis                    : Ibnul Jauzi Ringkasan Bab     : Penulis membahagikan kepada 26 sub-heading  dalam menjelaskan isu berhubung etika keseharian Rasullullah s.a.w. Sub-heading ini boleh dibahagikan kepada beberapa tindakan utama seperti cara beliau dalam percakapan, gaya berjalan, serta tindakan beliau ketika marah & gembira. Penulis memilih gaya penulisan mudah dalam menjelaskan etika ini disertai dengan hadith sahih serta contoh yang memudahkan pembaca dalam memahami nilai etika Rasullulaah s.a.w dan seterusnya didoakan agar dapat dipraktikkan dan dijadikan amalan dalam kehidupan seharian, inshaAllah. Moga, kita sama-sama diberkahi oleh A...

BUKU PERKONGSIAN SAHABAT 1/11 : MAGNET REZEKI DENGAN SOLAT DUHA

Tarikh Membaca : 22 Ogos 2022 Kelajuan Membaca : 141 halaman (2 jam 30 minit) Penulis/Penerbit : Muhammad Mokhtar/PTS Buku ini dibaca dengan rasa yang berbeza, sayu dan terharu kerana ianya dikongsikan oleh sabahat (dikenali melebihi 25 tahun) menerusi pemilihannya. Maka, perasaannya layak diibaratkan sebagai teguran sahabat yang ingin membawa diri ini melangkah bersama menuju kelapangan yang berpaksikan mencari keredhaan Allah s.w.t.. Alhamdulillah...terima kasih, sahabat 😭 Komen Personal: Penulis mengutarakan konsep rezeki dan duha menerusi perkongsian santai beserta contoh mudah kaitan kehidupan dan duha yang lebih dekat ke jiwa tanpa memerlukan pemahaman yang khusus. Istiqomah duha dalam julat rakaat 2 sehingga 12, akan membawa kepada perubahan kehidupan yang berbeza. Namun, konsep rezeki yang diutarakan adalah luas dan tidak terhad kepada pangkat dan kemewahan harta. Penafsiran minda juga perlu diselarikan dengan konsep ketuhanan dan Islamiah asas yang menjadi pengangan kita sela...