Skip to main content

# Cabaran Selak Buku Umum_ 11/17:2020

 

Tarikh        :    26 Oktober 2020

Tajuk             Diari Hidup Rasullulah

Halaman     :     138 halaman ( dalam lingkungan 2 jam, agak lama, sebab banyak terkesan di jiwa)  

Penulis        :    Muhammad Abd. Syukur, Muhammad Muslih Aziz, Muhammad Syamsul Yakin

Penerbit       :     PTS Millennia

Ringkasan Buku    :

Gaya penulisan yang kemas disertakan dengan pemilihan kosa kata yang indah yang semestinya mempunyai nilaian maksud tertinggi telah mengindahkan lagi susunan penulisan buku ini. Penulis mengenakan gaya tarbiyah menerusi teladan, kisah sirah dan juga hadis serta fadhilat untuk setiap 7 sunnah yang diketengahkan menerusi buku ini, ternyata bakal menyentuh hati dan jiwa sesiapa sahaja insan yang dahagakan pahala dan keredhaan hidup oleh Allah s.w.t. Seterusnya, aku menyeru, agar sama2 sesiapa sahaja yang mungkin terbaca ringkasan ini untuk cuba luangkan 2 jam untuk sama2 menelusuri diari kehidupan Rasullullah s.a.w yang semestinya dikaji oleh setiap umat yang cintakan baginda. Mana mungkin kita nyatakan rasa cinta dan kasih serta harapkan syafaat dari junjungan besar Rasullullah s.a.w, andai sirah, perjalanan hidupnya sedikit benar yang diketahui oleh kita....Allahuakhbar, moga kita sama2 berusaha mengenali insan agung ini...Ya Allah, bimbingkanlah hati dan jiwa kami ke arah jalanmu, Ya Allah, sesungguhnya tiada daya kami untuk setiap apa yang berlaku di dunia ini, kalau bukan kerana kehendakMu, Ya Allah.  

Komen: 

Jujurnya, aku sengaja panjangkan masa sehingga melewati 2 jam untuk menghabiskan halaman 138 ini. Hal ini kerana, gaya penulisan dan kaedah penyampaiannya sangat2 dekat dengan jiwa ini. Moga Allah merahmatimu wahai penulis, dan moga Allah menjadikan penulisan ini sebagai salah satu sedekah dan amal jariah yang berkekalan untukmu. Allahuakhbar, tiada kata yang lebih indah dan ungkapan yang lebih baik dari, ini...Alhamdulillah ya Allah menemukan aku dengan buku ini...walaupun mungkin hanya sedikit yang bakal mampu aku lazimi dalam kehidupan aku yang serba jahil ini, akan ku gagahi jua....bimbing kami Ya Allah, agar kami terus menerus berusaha mencari keredhaanMu, Ya Allah, aaamiin ya rabbalalamin.

Comments

Popular posts from this blog

#CABARAN SELAK BUKU UMUM 15:1/17_2020

Tajuk                         : Al- Wafa Kesempurnaan Pribadi Nabi Muhammad SAW Halaman                   : 396 - 412; Bab 8 : Etika Keseharian Nabi Penulis                    : Ibnul Jauzi Ringkasan Bab     : Penulis membahagikan kepada 26 sub-heading  dalam menjelaskan isu berhubung etika keseharian Rasullullah s.a.w. Sub-heading ini boleh dibahagikan kepada beberapa tindakan utama seperti cara beliau dalam percakapan, gaya berjalan, serta tindakan beliau ketika marah & gembira. Penulis memilih gaya penulisan mudah dalam menjelaskan etika ini disertai dengan hadith sahih serta contoh yang memudahkan pembaca dalam memahami nilai etika Rasullulaah s.a.w dan seterusnya didoakan agar dapat dipraktikkan dan dijadikan amalan dalam kehidupan seharian, inshaAllah. Moga, kita sama-sama diberkahi oleh A...

BUKU PERKONGSIAN SAHABAT 1/11 : MAGNET REZEKI DENGAN SOLAT DUHA

Tarikh Membaca : 22 Ogos 2022 Kelajuan Membaca : 141 halaman (2 jam 30 minit) Penulis/Penerbit : Muhammad Mokhtar/PTS Buku ini dibaca dengan rasa yang berbeza, sayu dan terharu kerana ianya dikongsikan oleh sabahat (dikenali melebihi 25 tahun) menerusi pemilihannya. Maka, perasaannya layak diibaratkan sebagai teguran sahabat yang ingin membawa diri ini melangkah bersama menuju kelapangan yang berpaksikan mencari keredhaan Allah s.w.t.. Alhamdulillah...terima kasih, sahabat 😭 Komen Personal: Penulis mengutarakan konsep rezeki dan duha menerusi perkongsian santai beserta contoh mudah kaitan kehidupan dan duha yang lebih dekat ke jiwa tanpa memerlukan pemahaman yang khusus. Istiqomah duha dalam julat rakaat 2 sehingga 12, akan membawa kepada perubahan kehidupan yang berbeza. Namun, konsep rezeki yang diutarakan adalah luas dan tidak terhad kepada pangkat dan kemewahan harta. Penafsiran minda juga perlu diselarikan dengan konsep ketuhanan dan Islamiah asas yang menjadi pengangan kita sela...