Skip to main content

#Cabaran Selak Buku Umum_9/17:2020

 


Tajuk       :    Transformasi Minda

Tarikh    :     17 Oktober 2020 (Happy birthday untuk 2 sahabat, tak perlu nyatakan nama, cukup                          rasanya,  hampa tau yang aku masih ingat. Moga Allah berikan rezeki tanpa putus                             yang melimpah ruah  selamanya, nikmat kebahagian, kesihatan dan ketenangan jiwa                         selamanya dan sentiasa berada  dalam rahmat Allah, aaamiin ya rabbalalamin) 

Penulis    :    Afizi bin Ahmad (Terima kasih Afizi atas perkongsian percuma buku ini,                                         sesungguhnya   moga Allah kurniakan kamu dan  keluarga, rahmat yang berpanjangan,                     sesungguhnya ilmu itu perlu dikongsi)

Halaman    :    56 muka surat (1 jam)

Ringkasan   Buku    :

Penulis membahagikan buku kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama berhubung transformasi minda dan bahagian kedua adalah bakal arwah. Pada bahagian pertama, pembaca diberikan kesedaran demi kesedaran berhubung kebiasaan pemikiran yang dijadikan pegangan walhal pada hakikat sebenarnya tersasar jauh dari landasan sebenar kita sebagai umat Islam umumnya dan khalifah dibumi Allah khususnya. Penulis juga menyeru agar kita berfikir sejenak akan hal ini dan menyarankan agar kita berubah ke arah mentaliti yang sebenarnya sebagai umat Islam. Terima kasih, Afizi. Terdapat pelbagai bentuk jenis pemikiran yang perlu dikaji oleh setiap pembaca dan kebiasaan pemikiran yang perlu dikaji ini telah diterjemahkan menerusi dua slot fasa Transformasi Minda (Transformasi Minda 1 dan 2). Seterusnya penulis, meneruskan tarbiah kedua menerusi bakal arwah. Menerusi bahagian kedua ini, penulis memaparkan keperluan yang perlu disediakan oleh bakal arwah atau lebih tepat, apa yang perlu kita lakukan untuk persediaan menghadapi mati. Sesungguh mati itu pasti, tetapi, sejauh mana kita mengiyakannya menerusi tindak tanduk kehidupan kita. Allahuakhbar......semoga Allah sentiasa mengarahkan hati kita ke arah mengingati mati, sesungguhnya, beruntunglah kepada manusia-manusia yang bermatlamatkan kehidupannya kepada akhirat..


Komen Aku :

Sejujurnya, aku mengagumi penulis dari mentaliti aku sendiri. Terima kasih Afizi, sesungguhnya ilmu perlu dikongsi. Dengan edaran e-book secara percuma seperti ini, didoakan moga Allah merahmatimu dan keluarga sesungguhnya. Moga ianya mampu dijadikan sedekah jariah yang berpanjangan, aaamiin ya rabbalalamin. Sesungguhnya, buku ini telah lama aku download, dari tahun 2012, namun, hari ini, 2020, baru aku mula membaca. Andai, aku mula membaca dari tahun 2012, mungkin, terlebih dahulu aku boleh berusaha untuk memperaktikkan apa yang diperkatakan oleh penulis. Namun, ketentuan itu milik Allah, berlapang dada lah.......moga Allah memberi kita ruang untuk sentiasa mengingati apa yang diperkatakan oleh penulis dan melazimi dalam kehidupan harian, aaamiin ya rabbalalamin.....Selamat membaca, bagi sesiapa yang ingin dapatkan buku ini, boleh dapatkan menerusi laman sesawang ini  https://afiziahmad.blogspot.com/2011/05/blog-review-koleksi-kuliah.html. 




Comments

Popular posts from this blog

#CABARAN SELAK BUKU UMUM 15:1/17_2020

Tajuk                         : Al- Wafa Kesempurnaan Pribadi Nabi Muhammad SAW Halaman                   : 396 - 412; Bab 8 : Etika Keseharian Nabi Penulis                    : Ibnul Jauzi Ringkasan Bab     : Penulis membahagikan kepada 26 sub-heading  dalam menjelaskan isu berhubung etika keseharian Rasullullah s.a.w. Sub-heading ini boleh dibahagikan kepada beberapa tindakan utama seperti cara beliau dalam percakapan, gaya berjalan, serta tindakan beliau ketika marah & gembira. Penulis memilih gaya penulisan mudah dalam menjelaskan etika ini disertai dengan hadith sahih serta contoh yang memudahkan pembaca dalam memahami nilai etika Rasullulaah s.a.w dan seterusnya didoakan agar dapat dipraktikkan dan dijadikan amalan dalam kehidupan seharian, inshaAllah. Moga, kita sama-sama diberkahi oleh A...

BUKU PERKONGSIAN SAHABAT 1/11 : MAGNET REZEKI DENGAN SOLAT DUHA

Tarikh Membaca : 22 Ogos 2022 Kelajuan Membaca : 141 halaman (2 jam 30 minit) Penulis/Penerbit : Muhammad Mokhtar/PTS Buku ini dibaca dengan rasa yang berbeza, sayu dan terharu kerana ianya dikongsikan oleh sabahat (dikenali melebihi 25 tahun) menerusi pemilihannya. Maka, perasaannya layak diibaratkan sebagai teguran sahabat yang ingin membawa diri ini melangkah bersama menuju kelapangan yang berpaksikan mencari keredhaan Allah s.w.t.. Alhamdulillah...terima kasih, sahabat 😭 Komen Personal: Penulis mengutarakan konsep rezeki dan duha menerusi perkongsian santai beserta contoh mudah kaitan kehidupan dan duha yang lebih dekat ke jiwa tanpa memerlukan pemahaman yang khusus. Istiqomah duha dalam julat rakaat 2 sehingga 12, akan membawa kepada perubahan kehidupan yang berbeza. Namun, konsep rezeki yang diutarakan adalah luas dan tidak terhad kepada pangkat dan kemewahan harta. Penafsiran minda juga perlu diselarikan dengan konsep ketuhanan dan Islamiah asas yang menjadi pengangan kita sela...