Skip to main content

#Cabaran Selak Buku Umum _8/17:2020


Tajuk          : Wanita Istimewa Di Sisi Rasullullah S.A.W

Halaman    : 210 mukasurat (4 jam, agak lama, sbb sarat dengan pengisian yang mana apabila ianya meninggalkan kesan dijiwa, akan ku ulangkannya semula, dengan harapan, ianya langsung kekal dijiwa)

Penerbit    : Watikah Galeri Sdn Bhd (1998)

Penulis    : Ahmad Fikri Yaaseen

Ringkasan Buku    :

Gaya persembahan buku yang dibahagikan kepada 9 bahagian mengikut fungsi/tanggungjawab wanita/muslimah dalam kehidupan sebagai khalifah di bumi Allah s.w.t adalah pendekatan yang mendidik pembaca khususnya wanita dalam memahami fungsi/tanggungjawab mereka yang sebenar di dunia sebagai khalifah di bumi. Perincian dengan memberi tokoh-tokoh wanita Islam dan solehah berdasarkan fungsi/tanggungjawab ini telah memberikan impak kepada pembaca khususnya wanita untuk mendekati dan seterusnya menjiwai watak dan perwatakan tokoh wanita ini dengan lebih mendalam. Penceritaan dan pengajaran menerusi sirah yang dipaparkan juga telah memberi satu lembaran baru kepada pembaca khususnya wanita untuk menyelami perjalanan kehidupan tokoh wanita Islam seterusnya menyulami rasa cinta kepada seluruh wanita solehah dalam sirah perjalanan kehidupan Rasullullah s.a.w. Moga ianya menjadi inspirasi buat kalian, wahai sahabat wanita seluruhnya, aaamiin ya rabbalalamin.

Komen  Aku:

Sejujurnya, bagi hamba Allah seperti aku yang hidupnya lemas dengan kemaksiatan, tepu dengan kekhilafan, haus dengan keimanan dan tandus dengan keredhaan dan rahmat Allah, semestinya pengisian buku ini memberi seribu makna dalam menjejaki perjalanan mencabar sebagai insan yang bergelar muslimah. Syukur, dipertemukan dengan buku ini, andai ini adalah kaedah yang Allah berikan sebagai jalan untuk mendekatinya, sesungguhnya aku adalah insan yang paling bersyukur dengan kurniaan terindah ini. Alhamdulillah, terima kasih, Ya Allah. Sesungguhnya, pengisiannya sangat berbekas di hati ini,dan semoga ianya bakal meninggalkan kesan di hati dan jiwa kalian juga. Satu hikmah indah yang masih berbekas di hati ini ialah "Perhijrahan meninggalkan kemaksiatan adalah hijrah yang dituntut dan sebenar-benar hijrah". Moga bermanfaat kalian, jom membaca. 

Comments

Popular posts from this blog

#CABARAN SELAK BUKU UMUM 15:1/17_2020

Tajuk                         : Al- Wafa Kesempurnaan Pribadi Nabi Muhammad SAW Halaman                   : 396 - 412; Bab 8 : Etika Keseharian Nabi Penulis                    : Ibnul Jauzi Ringkasan Bab     : Penulis membahagikan kepada 26 sub-heading  dalam menjelaskan isu berhubung etika keseharian Rasullullah s.a.w. Sub-heading ini boleh dibahagikan kepada beberapa tindakan utama seperti cara beliau dalam percakapan, gaya berjalan, serta tindakan beliau ketika marah & gembira. Penulis memilih gaya penulisan mudah dalam menjelaskan etika ini disertai dengan hadith sahih serta contoh yang memudahkan pembaca dalam memahami nilai etika Rasullulaah s.a.w dan seterusnya didoakan agar dapat dipraktikkan dan dijadikan amalan dalam kehidupan seharian, inshaAllah. Moga, kita sama-sama diberkahi oleh A...

BUKU PERKONGSIAN SAHABAT 1/11 : MAGNET REZEKI DENGAN SOLAT DUHA

Tarikh Membaca : 22 Ogos 2022 Kelajuan Membaca : 141 halaman (2 jam 30 minit) Penulis/Penerbit : Muhammad Mokhtar/PTS Buku ini dibaca dengan rasa yang berbeza, sayu dan terharu kerana ianya dikongsikan oleh sabahat (dikenali melebihi 25 tahun) menerusi pemilihannya. Maka, perasaannya layak diibaratkan sebagai teguran sahabat yang ingin membawa diri ini melangkah bersama menuju kelapangan yang berpaksikan mencari keredhaan Allah s.w.t.. Alhamdulillah...terima kasih, sahabat 😭 Komen Personal: Penulis mengutarakan konsep rezeki dan duha menerusi perkongsian santai beserta contoh mudah kaitan kehidupan dan duha yang lebih dekat ke jiwa tanpa memerlukan pemahaman yang khusus. Istiqomah duha dalam julat rakaat 2 sehingga 12, akan membawa kepada perubahan kehidupan yang berbeza. Namun, konsep rezeki yang diutarakan adalah luas dan tidak terhad kepada pangkat dan kemewahan harta. Penafsiran minda juga perlu diselarikan dengan konsep ketuhanan dan Islamiah asas yang menjadi pengangan kita sela...